Ketersampaian Nilai Murni Dalam Penyarikataan Filem: Satu Kajian Filem Mukhsin (2007) Dan Talentime (2009)

Chong Onn Yee, Felicia Onn Yee (2017) Ketersampaian Nilai Murni Dalam Penyarikataan Filem: Satu Kajian Filem Mukhsin (2007) Dan Talentime (2009). Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (717kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan melihat sejauh mana nilai murni dalam dialog bahasa Melayu yang dipetik daripada filem Mukhsin (2007) dan Talentime (2009) dapat dikekalkan setelah dialihkan ke dalam bahasa Inggeris melalui sari kata. Kerangka teori yang dimanfaatkan dalam kajian ini termasuk yang dikemukakan oleh (i) Van Dijk (2001) dan Fairclough (1995) bagi analisis dialog, (ii) Fishman (1972) bagi pengenalpastian adegan nilai murni, (iii) Newmark (1988) bagi analisis terjemahan unsur verbal nilai murni, dan (iv) konsep Gambier (2009) bagi analisis ketersampaian nilai murni dalam sari kata. Tiga prosedur terjemahan yang digunakan sebagai pengukur ketersampaian nilai murni kajian ini ialah prosedur (i) pengembangan dan pengecilan, (ii) modulasi serta (iii) padanan fungsian yang masing-masing melihat aspek relevan, kebolehterimaan dan strategi penyetempatan dalam sari kata yang terpilih. Dapatan kajian mendapati, kebanyakan unit terjemahan dalam dialog yang dikenal pasti menggambarkan nilai murni telah dilakukan penyempitan maklumat, diikuti dengan pengubahan pandangan dan penghuraian maklumat.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P306-310 Translating and interpreting
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities) > Thesis
Depositing User: Mr Aizat Asmawi Abdul Rahim
Date Deposited: 22 Jan 2021 02:16
Last Modified: 22 Jan 2021 02:16
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/48168

Actions (login required)

View Item View Item
Share