Masalah, Strategi Daya Tindak Dan Keperluan Mangsa Keganasan Rumah Tangga Wanita Melayu Di Pulau Pinang

Yusof, Masarah Mohamad (2017) Masalah, Strategi Daya Tindak Dan Keperluan Mangsa Keganasan Rumah Tangga Wanita Melayu Di Pulau Pinang. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (280kB) | Preview

Abstract

Objektif kajian ini adalah untuk: (1) Mengkaji faktor-faktor penyumbang berlakunya keganasan rumah tangga; (2) Menganalisis perkaitan budaya Melayu dalam masalah keganasan rumah tangga; (3) Mengkaji faktor-faktor pendorong mangsa membebaskan diri daripada masalah keganasan rumah tangga; (4) Menganalisis bentuk-bentuk daya tindak mangsa keganasan rumah tangga; (5) Menganalisis bentuk-bentuk keperluan perancangan mangsa selepas berjaya membebaskan diri daripada keganasan rumah tangga; dan (6) Mencadangkan satu rangka keperluan intervensi kerja sosial dan perkhidmatan yang bersesuaian ke arah kefungsian sosial mangsa keganasan rumah tangga. Kajian ini telah menggunakan teori sistem, pendekatan ekologikal, teori feminis dan teori daya tindak sebagai kerangka teoritikal bagi membantu memahamiserta menjelaskan perhubungan mangsa dan persekitaran sedia ada dengan masalah keganasan rumah tangga.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H1-99 Social sciences (General)
Divisions: Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (School of Social Sciences) > Thesis
Depositing User: Mr Aizat Asmawi Abdul Rahim
Date Deposited: 27 Nov 2020 02:06
Last Modified: 27 Nov 2020 02:06
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/47940

Actions (login required)

View Item View Item
Share