Jusoh, Azman
(2002)
Persepsi Pelajar Terhadap Persekitaran Pembelajaran Fizik Dan Hubungannya Dengan Sikap Pelajar Terhadap Fizik Di Sekolah Kawasan Felda.
Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Sejak tiga dekad yang laIu, pengkaji-pengkaji pendidikan antarabangsa telah menunjukkan
pertambahan minat yang mendalam ke atas kajian terhadap ciri-ciri psikososial persekitaran
pembelajaran. Implikasi praktikaI daripada kajian ini iaIah, basil-basil pembelajaran pelajar
mungkin boleh ditingkatkan melalui pembentukan persekitaran pembelajaran yang Iebih
kondusif untuk proses pembelajaran pelajar. Persepsi pelajar ke atas persekitaran
pembelajaran, dan bubungannya dengan basil-hasil pembelajaran pelajar merupakan salah
satu tradisi kajian yang terdapat dalam bidang ini. DaIam kajian ini, objektif kajian dijaIankan adalah untuk mengkaji:- persepsi pelajar ke atas persekitaran pembelajaran Fizik, sikap pelajar terhadap Fizik, hubungan di antara
persekitaran pembelajaran Fizik dengan sikap pelajar terhadap Fizik, dan perbezaan
persepsi pelajar ke atas persekitaran pembelajaran sebenar Fizik dengan persekitaran
pembelajaran Fizik yang diinginkan. Data diperolehi melalui instrumen SPPSF yang
diberikan kepada 506 pelajar Fizik di sekolah kawasan Felda. Analisis statistik deskriptif,
ujian-t dan tiga teknik analisis korelasi digunakan untuk menganalisis data yang
dikumpu1kan.
Actions (login required)
|
View Item |