Hamid, Hapidzah Abdul
(2014)
Kaitan Antara Hubungan Dengan Ibu Bapa, Pengaruh Rakan Sebaya, Identiti Diri, Estim Diri Dan Tingkah Laku Delinkuen Dalam Kalangan Pesalah Juvana.
Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Bilangan remaja Malaysia yang terlibat dengan tingkah laku delinkuen semakin meningkat dari hari ke hari. Pelbagai faktor menjadi penyumbang kepada permasalahan ini. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti perkaitan antara faktor hubungan dengan ibu bapa, pengaruh rakan sebaya, identiti diri dan estim diri dengan tingkah laku delinkuen dalam kalangan pesalah juvana. Hubungan dengan ibu bapa dilihat pada aspek kemesraan, kekerapan meluangkan masa bersama dan sejauh mana ibu bapa mengambil tahu tentang kegiatan remaja. Pengaruh rakan sebaya dikaji dari aspek kepercayaan, pengaruh dan keinginan untuk diterima oleh rakan sebaya. Manakala identiti diri dibahagikan kepada dua bahagian iaitu identiti diri dalam konteks kebergantungan diri terhadap keluarga dan identiti diri dalam konteks kebergantungan diri terhadap rakan-rakan. Aspek estim diri pula dilihat dari sudut penilaian terhadap diri sendiri. Kajian ini telah dijalankan di sebuah pusat pemulihan akhlak dan sampel kajian ini adalah seramai 100 orang yang terdiri daripada penghuni Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka. Kajian ini menggunakan bentuk soal selidik untuk mengumpulkan maklumat. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS).
Actions (login required)
|
View Item |