Sifat Dan Rekabentuk Bagi Tampalan Bak-Bézier Boleh Berbentang

Yeoh, Weng Kang (2013) Sifat Dan Rekabentuk Bagi Tampalan Bak-Bézier Boleh Berbentang. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (245kB) | Preview

Abstract

Permukaan boleh berbentang telah digunakan secara meluas dalam rekabentuk geometri dan perkilangan kerana permukaan tersebut boleh dibentangkan pada sesuatu satah tanpa terkedut atau terkoyak. Tujuan tesis ini adalah memperkenalkan tampalan bak-Bézier boleh berbentang yang terdiri daripada lengkung kubik bak-Bézier sebagai lengkung sempadan. Tampalan tersebut yang mempunyai sifat seperti yang dinyatakan di atas, senang dinilai, serta mempunyai titik-titik kawalan yang kurang, digunakan untuk membentuk gabungan permukaan bak-Bézier boleh berbentang. Kualiti berkenaan sesuatu gabungan permukaan yang memenuhi syarat keselanjaran G0 , G1 atau C1 kemudian disemak dengan menggunakan garis penyerlah. Selain itu, satu teknik untuk memetakan tampalan bak-Bézier boleh berbentang yang terletak pada ruang tiga dimensi kepada satah, turut dibincangkan dalam tesis ini.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA1 Mathematics (General)
Divisions: Pusat Pengajian Sains Matematik (School of Mathematical Sciences) > Thesis
Depositing User: Mr Mohammad Harish Sabri
Date Deposited: 09 Aug 2019 07:30
Last Modified: 09 Aug 2019 07:30
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/45229

Actions (login required)

View Item View Item
Share