Ariffin, Raudzah Hj Mohd
(2003)
Kajian menentukan masa optimum pengambitan suhu badan melalui
kaedah oral dan aksila serta teknik dokumentasi di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan.
Other thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Pemonitoran suhu badan amat penting dalam memberi rawatan dan
perawatan kepada pesakit. Dengan adanya pemonitoran yang konstan progres
rawatan pesakit dapat dilihat dengan lebih jelas. Terdapat pelbagai kaedah untuk
mengambil suhu badan. Dalam kajian ini penyelidik telah memilih kaedah oral
dan aksila kerana ia merupakan praktis yang menyeluruh di Hospital Universiti
Sains Malaysia. Kajian ini bertujuan mendapatkan satu jangka masa yang
optimum bagi pengambilan suhu secara oral dan aksila. Keadaan ini berlaku
kerana dalam praktis harian terdapat pelbagai masa yang tidak seragam di
antara satu sama lain. Selain itu kajian ini bertujuan membandingkan suhu yang
direkodkan atau didokumen oleh jururawat di wad dengan data yang diperolehi
dari penyelidik di samping menilai teknik dokumentasi yang diamalkan oleh
mereka. Reka bentuk kajian adalah jenis kuantitatif yang merupakan satu kajian
pemerhatian.
Kajian dijalankan di wad 7S, 7U dan 88 HUSM. Seramai enam puluh dua
subjek yang mengambil bahagian dalam kajian ini. Mereka terdiri daripada
sebelas subjek demam dan lima puluh satu subjek yang tidak demam. Kriteria
inklusi ialah sedar diri sepenuhnya dan memberi kerjasama. Kriteria eksklusi
pula pesakit tidak sedar diri, alami sawan, inflamasi dalam mulut dan
pembedahan oral. Prosedur ini tidak invasif dan menggunakan termometer
klinikal yang telah dikalibrasi. Sebelum prosedur dimulakan, kebenaran telah
diambil dari pesakit. Kajian rintis telah dilakukan sebelum kajian ini dimulakanbertujuan mengenal pasti kaedah menggoncangkan dan tidak menggoncangkan
termometer dan menentukan masa untuk pengambilan suhu secara oral dan
aksila bagi setiap subjek. Kajian dilakukan sebaik sahaja jururawat di wad
selesai merekodkan suhu yang diambil secara rutin. Setiap kajian dilakukan
selama dua belas minit. Data yang diperolehi dianalisiskan dengan
menggunakan ANOVA (analysis of variance)"repeated measurement", paired T
test, korelasi dan chi square yang terdapat dalam pakej SPSS.
Data keputusan yang optimum yang diperolehi bagi pengambilan oral
adalah Iapan minit dan aksila adalah sepuluh minit. Purata data yang telah
didokumen tidak menunjukkan sebarang perbezaan yang besar dengan data
pada minit dua belas dari penyelidik (37.17 dan 37.12) tetapi teknik merekodkan
dari jururawat kurang memuaskan. Walaupun begitu nilai korelasi yang
ditunjukkan adalah lemah r = 0. 783, p < 0.00. Keadaan ini lebih jelas dilihat dari
frekuensi data yang didokumen oleh jururawat menunjukkan majoriti suhu bagi
subjek tidak demam direkodkan di antara 36.9-37.1° C. Anal isis chi square juga
menunjukkan perbezaan yang signifikan.
Secara kesimpulan, dilihat bahawa masa yang diambil oleh jururawat
tidak tepat dan bacaan yang diperolehi menunjukkan bias. lni kemungkinan
disebabkan telah dipengaruhi dari bacaan yang direkodkan sebelumnya.
Actions (login required)
|
View Item |