Ahmad, Abu Talib
(2017)
Penulisan Sejarah Negeri Pahang.
In:
Persidangan Nasional Sejarah Dan Sejarawan Malaysia 2017 Memperkasa Sejarah Nasional Dalam Melestarikan Pembanggunan Negara.
Universiti Sains Malaysia, pp. 20-48.
Abstract
Siri sejarah negeri oleh Buyong Adil merupakan penulisan sejarah negeri paling terkenal
sehingga kini. Walaupun popular siri ini tidak lagi memadai kerana ketiadaan perbincangan
mendalam tentang perkembangan selepas merdeka selain gagal mengambilkira kemajuan
penyelidikan dalam pelbagai bidang seperti arkeologi sejak 40-50 tahun yang lalu. Tumpuan
esei ini ialah kepada penulisan semula sejarah negeri Pahang dengan perbincangan dipecah
kepada empat bahagian iaitu sejarah negeri yang terdapat di Malaysia, isu-isu dalam
penulisan sejarah negeri Pahang, sumber untuk penulisan sejarah negeri dan aspek sejarah
yang perlu dimasukkan ke dalam penulisan sejarah negeri sebelum 1941, untuk tempoh 1942-
57 dan selepas 1957. Namun huraian ianjut hanya dibuat kepada sejarah negeri sebelum
1941 dengan fokus kepada Orang Asli, Hukum Kanun Pahang dan masyarakat sebelum
kurun ke-19, perkembangan pertanian padi antara 1888-1941 serta banjir dan pertanian.
Dari segi sumber rujukan dibuat kepada laporan tahunan Pahang antara 1888-1939, Hukum
Kanun Pahang dan lain-ain.
Actions (login required)
|
View Item |