Masalah dalam transportasi neonat

Din@ Parok, Syarifah Farizzah Syed (2003) Masalah dalam transportasi neonat. Other thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF - Submitted Version
Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti sebab transportasi dan masalah yang dihadapi dalam transportasi. Kajian secara deskriptif ini, telah dilakukan di Unit Rawatan Rapi Neonat (NICU), Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kelantan. Sebanyak 40 sampel bayi sakit yang dimasukkan ke NICU telah di ambit secara 'convenient sample', selama dua bulan jangka masa kajian. Senarai semakan telah diberi kepada kakitangan kesihatan yang mengiringi bayi tersebut dan soalan secara terus (direct question) telah diberi bagi mendapatkan data yang berkaitan dengan masalah yang dihadapi semasa transportasi. Hasil dari analisa kajian ini mendapati daripada 40 bayi sakit yang dipindah masuk, seramai 29 (72.5%) dilahirkan di wad bersalin HUSM dan 11 (27.5o/o) pula dilahirkan di hospital lain sama ada di Kelantan dan Terengganu. Didapati purata umur gestasi ialah 36.5 minggu Oulat 28-42 minggu) dan purata berat kelahiran ialah 2.72 kilogram Gulat 1.0-5.0 kilogram). Secara keseluruhan, purata umur bayi sakit mula di pindah masuk atau ditransportasi adalah 377.6 minit Oulat 4 - 7055 minit). Bagi pindah masuk secara intrahospital, sebab utama kemasukan adalah untuk pemerhatian (79.3%), manakala secara interhospital, sebab utama kemasukan adalah untuk diberi bantuan ventilasi mekanikal (81.8%). Dalam pindah masuk intrahospital pula, di dapati sebanyak 17 (58.6%) terdiri daripada bayi matang dan 12 (41.4o/o) ialah bayi pramatang, berbeza dengan pindah masuk secara interhospital iaitu 7 (63.6%) adalah bayi pramatang dan 4 (36.4°/o) adalah bayi matang. Kebanyakan bayi yang dipindah masuk telah diiringi oleh jururawat dan attenden (47. o/o). Sebanyak 11 pesakit yang dipindahmasuk telah diintubasi, didapati 2 {5.5o/o) daripadanya telah mengalami 'dislodge' tiub endotrakeal ketika tiba di NICU. Lapan kes yang mempunyai tusukan umbilikal, 1 {12.5%) daripadanya didapati telah 'dislodge'. Sebanyak 1 {8.3 %) bayi telah masuk dengan mempunyai tusukan intravena yang telah membengkak. Juga 6 {15%) bayi telah mengatami hipoglisema dan 8 {20o/o) bayi telah mengalami suhu kurang dari 36°C semasa tiba di NICU. Kebanyakan kes yang dilaporkan, telah berlaku pada bayi yang dipindah masuk dari hospital yang merujuk. Banyak masalah masih berlaku dalam tempoh pindah masuk bayi baru lahir ke NICU, HUSM. Tindakan mempertingkatkan kemudahan dan kemahiran transportasi adalah perkara panting yang perlu diberi perhatian di Kelantan.

Item Type: Thesis (Other)
Uncontrolled Keywords: Emergency
Subjects: R Medicine > RA Public aspects of medicine
Divisions: Kampus Kesihatan (Health Campus) > Pusat Pengajian Sains Kesihatan (School of Health Sciences) > Thesis
Depositing User: Mr Abdul Hadi Mohammad
Date Deposited: 17 Jun 2019 04:39
Last Modified: 18 Jun 2019 01:54
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/44633

Actions (login required)

View Item View Item
Share