Online Dynamic Optimization Studies Of Catalyzed Esterfication Of Propionic Anhydride With 2-Butanol In The Presence Of Disturbance And Uncertainty

Rohman, Fakhrony Sholahudin (2015) Online Dynamic Optimization Studies Of Catalyzed Esterfication Of Propionic Anhydride With 2-Butanol In The Presence Of Disturbance And Uncertainty. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (244kB) | Preview

Abstract

Dalam kehadiran gangguan dan ketidakpastian yang ketara, loji boleh menghadapi masalah dengan produk luar spesifikasi yang menyebabkan kerugian yang ketara dalam keuntungan. Bagi mengatasi masalah tersebut, pengoptimuman dinamik dalam talian merupakan strategi yang terbaik untuk dilaksanakan. Oleh kerana itu, dalam kajian ini, strategi pengoptimuman dinamik dalam talian yang mudah iaitu pengoptimuman berasaskan lata bersyarat telah dicadangkan. Dalam kerangka pengoptimuman berasaskan lata bersyarat yang dicadangkan, pengoptimuman semula dan masalah kawalan diselesaikan secara berasingan dalam dua lapisan. Masalah kawalan diselesaikan dengan menggunakan pengawal PID penyesuaian. Manakala, penyelesaian masalah melalui pengoptimuman semula merangkumi kemaskini bersyarat dan mekanisma pengoptimuman semula dinamik. Satu pencetus mudah untuk mengaktifkan pengoptimuman semula dinamik diperkenalkan apabila sisihan ± 5% dari pernukaran berlaku dalam loji yang bertindak sebagai kemaskini bersyarat. Mekanisma pengoptimuman semula dinamik yang dicadangkan turut terdiri daripada penganggar dan pengoptimum semula dinamik. Penganggar terbenam adalah untuk memberi maklumat penuh tentang keadaan pembolehubah utama yang terkini dan input pembolehubah kawalan yang diperlukan dalam pengoptimuman semula dinamik untuk mengira trajektori optimal yang baru. Bagi menentukan teknik pengoptimuman dinamik yang paling efektif, satu kajian pengoptimuman dinamik secara luar talian telah dijalankan. Lima teknik pengoptimuman dinamik iaitu control vector parameterization (CVP), orthogonal collocation (OC), multiple shooting (MS), differential evolution (DE) and hybrid strategy (HS) telah dilaksanakan untuk mengoptimumkan tiga fungsi objektif yang berbeza, iaitu memaksimumkan penukaran, meminimumkan masa akhir dan memaksimumkan keuntungan operasi. Trajektori optimal yang paling efektif yang telah dicapai adalah yang diperolehi daripada teknik OC dalam memaksimumkan keuntungan. Nilai optimum penukaran, masa akhir dan keuntungan yang diperolehi daripada teknik OC adalah 99.9%, 60 min dan RM12.84/min. Sementara itu, untuk menentukan teknik penganggar yang paling berkesan, penganggar terbitan bebas, iaitu Penyaring Kalman Tidak Berbau Berskala (sUKF), Penyaring Kalman Perbezaan Terbahagi (DDKF) dan Penyaring Kalman Kekubusan (CKF) telah dinilai dalam enam kes yang berlainan. Hasil kajian telah menunjukkan bahawa CKF ialah penganggar yang paling berkesan kerana ia boleh memberikan anggaran dengan darjah ketepatan yang tertinggi dengan RMSE terendah untuk kebanyakan kes yang diuji. Akhirnya, strategi pengoptimuman dinamik dalam talian yang dicadangkan itu telah dilaksanakan dan dinilai dalam pengesteran bermangkin Propionik Anhidrida dengan 2-Butanol. Apabila gangguan yang ketara dan ketidaktentuan berlaku, strategi pengoptimuman dinamik dalam talian yang dicadangkan telah berjaya menjana trajektori optimum yang baru untuk mengekalkan penukaran dalam julat yang dikehendaki (dalam-specifikasi). _______________________________________________________________________________________________________ In the presence of significant disturbance and uncertainty, a plant can suffer with the off-spec products which lead to significant loss in profit. To overcome those problems, the online dynamic optimization is the best strategy to be implemented. Consequently, in this study, the simple online dynamic optimization strategy namely cascaded-conditional based optimization has been proposed. In the cascaded-conditional based optimization framework proposed, the re-optimization and control problems are solved separately in two layers. The control problem is solved by using an adaptive PID controller. Meanwhile, the re-optimization problem solving includes conditional update and dynamic re-optimization mechanism. A simple trigger to activate the dynamic reoptimizer is introduced when a deviation of ±5% conversion occurred in the plant which acts as a conditional update. The dynamic re-optimization mechanism proposed also consists of estimator and dynamic re-optimizer. The embedded estimator is to provide the full information of current states and the control variable input as required in dynamic re-optimizer for computing the new optimal trajectory. To determine the most effective dynamic optimization technique, an offline dynamic optimization study has been carried out. Five dynamic optimization techniques namely control vector parameterization (CVP), orthogonal collocation (OC), multiple shooting (MS), differential evolution (DE) and hybrid strategy (HS) have been implemented to optimize three different objective functions, i.e. maximize conversion, minimize final time and maximize operation profit. The most effective optimal trajectories achieved are those obtained from OC in maximizing profit. The optimum value of conversion, final time and profit obtained from the OC are 99.9%, 60 min and RM12.84/min. Meanwhile, in order to determine the most effective estimator, derivative-free estimators, i.e. the scaled unscented Kalman filter (sUKF), the Divided Difference Kalman Filter (DDKF) and the Cubature Kalman Filter (CKF) have been evaluated in six different cases. The results showed that the CKF is the most effective estimators since it can give estimation with the highest degree accuracy with lowest RMSE for most cases tested. Finally, the proposed online dynamic optimization strategy has been implemented and evaluated in a Catalyzed Esterification of Propionic Anhydride with 2- Butanol. When the significant disturbance and uncertainty occurred, the proposed online dynamic optimization strategy manages to generate a new optimal trajectory to maintain the conversion within desired range (on-spec).

Item Type: Thesis (PhD)
Uncontrolled Keywords: Full text is available at http://irplus.eng.usm.my:8080/ir_plus/institutionalPublicationPublicView.action?institutionalItemId=4622
Subjects: T Technology
T Technology > TP Chemical Technology > TP200-248 Chemicals: Manufacture, use, etc.
Divisions: Kampus Kejuruteraan (Engineering Campus) > Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia (School of Chemical Engineering) > Thesis
Depositing User: Mr Mohd Jasnizam Mohd Salleh
Date Deposited: 06 May 2019 08:22
Last Modified: 06 May 2019 08:22
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/44295

Actions (login required)

View Item View Item
Share