Hussin, Zul-Kifli
(2013)
Tasamuh Dalam Undang-Undang Jenayah Islam: Satu Kajian Terhadap Persepsi Pelajar-Pelajar Bukan Islam Di Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam (Ipta) Di Malaysia.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Kajian ini membincangkan nilai-nilai tasamuh dan persepsi pelajar-pelajar bukan
Islam di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) terhadap undang-undang jenayah
Islam. Signifikan kajian ini adalah kerana undang-undang jenayah Islam sering
dilihat dari aspek hukumannya sahaja. Manakala aspek-aspek tasamuhnya jarang
diketengahkan. Hal ini sedikit sebanyak menimbulkan persepsi negatif dalam
kalangan bukan Islam terhadap undang-undang jenayah Islam. Justeru, kajian ini
mengandungi tiga objektif utama. Pertama, menjelaskan konsep tasamuh secara
umum. Kedua, membuktikan bahawa wujudnya nilai-nilai tasamuh dalam
undang-undang jenayah Islam. Ketiga menganalisis persepsi pelajar bukan
Islam terhadap nilai-nilai tasamuh undang-undang jenayah Islam. Bagi
mencapai ketiga-tiga objektif tersebut, dua kaedah pengumpulan data digunakan,
iaitu data primer dan data sekunder. Data sekunder dilakukan untuk mendapatkan
nilai-nilai tasamuh dalam undang-undang jenayah Islam melalui kajian kepustakaan
yang melibatkan hukuman ke atas kesalahan riddat (murtad), syurb al-khamr
(minum khamar), zina, qadhf (melempar tuduhan palsu), sariqat (pencurian),
hirabat (rompakan) dan al-baghy (pemberontakan). Data primer pula diperoleh
melalui temu bual bersama pakar dan soal selidik ke atas responden. Dalam
menentukan responden, kaedah persampelan bertujuan digunakan. Data yang
diperoleh kemudiannya dianalisis menggunakan analisis deskriptif.
Actions (login required)
|
View Item |