., Sabirin
(2018)
Pemerkasaan Potensi Teungku Dayah Ke Arah Peningkatan Kesejahteraan Sosial Masyarakat: Kajian Kes Di Dayah Ulee Titi Aceh Besar, Indonesia.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Teungku Dayah (ulama tempatan) dan masyarakat Aceh kedua-duanya tidak dapat dipisahkan dan saling menyokong dalam menjayakan peradaban pada masa lampau. Pemerkasaan potensi komuniti dayah menjadi sebahagian penting bagi
peningkatan kesejahteraan sosial masyarakat. Objektif kajian ini adalah untuk (1)mengenal pasti profil terkini Teungku Dayah hasil keluaran Dayah Ulee Titi; (2)
menganalisis potensi Teungku Dayah Dayah Ulee Titi yang dapat diperkasakan atau ditingkatkan bagi kesejahteraan sosial masyarakat; dan (3) menganalisis corak strategi pemerkasaan atau penguatan kapasiti Teungku Dayah Dayah Ulee Titi berasaskan potensi yang mereka miliki.
Actions (login required)
|
View Item |