Choong, Foong Yam
(2013)
Kebolehgunaan Terjemahan Teknikal
Dan Aplikasi Konsepnya Untuk Menilai
Kualiti Terjemahan Teknikal.
Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Kebolehgunaan bermaksud sejauh mana sesuatu produk dapat digunakan oleh
pengguna tertentu untuk menyelesaikan tugasan ataupun kerja mereka dengan
berkesan (konsep effectiveness) dalam masa yang singkat (konsep efficiency) dan
senang (konsep easy to use) untuk konteks yang tertentu. Selain itu, pengguna juga
berasa puas hati (konsep satisfaction) semasa menggunakan produk tersebut untuk
melaksanakan kerja mereka. Kajian ini bertujuan mengkaji kebolehgunaan
terjemahan teknikal dan aplikasi konsepnya untuk menilai kualiti terjemahan teknikal
berdasarkan pendapat pembaca sasaran. Bahan kajian dipetik daripada teks sumber
bertajuk Human Resource Management oleh Gary Dessler (2000) dan terjemahannya
iaitu Pengurusan Sumber Manusia yang diterjemah oleh Nor Azizi Abdullah (2002)
dan disunting oleh Mohd Hizam Hanafiah (2002).
Kajian ini memanfaatkan beberapa pendekatan dan teori yang telah dikenal pasti
secara eklektik. Pandangan Jordan (1998), Dumas & Redish (1999) dan Quesenbery
(2001, 2004) tentang kebolehgunaan diambil kira untuk meninjau kebolehgunaan
terjemahan teknikal. Definisi Newmark (1988) tentang prosedur dan definisi Vinay
& Darbelnet (1995) tentang kaedah digunakan untuk mengenalpasti strategi
penterjemahan. Selain itu, pandangan Bevan (1995a, 1995b, 1997) tentang quality in
use digunakan untuk meneliti kualiti terjemahan teknikal. Kajian ini merupakan
kajian kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik. Kajian ini juga meneliti
kebolehgunaan strategi terjemahan teknikal dan kualiti terjemahan teknikal
berdasarkan pendapat pembaca sasaran.
Actions (login required)
|
View Item |