Hussin, Tengku Ahmad Badrul Shah Raja
(2010)
Kesan Kepemimpinan Etika Terhadap Komitmen Afektif
Dan Penglibatan Kerja Serta Peranan
Tanggapan Sokongan Organisasi Sebagai Mediator.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kesan kepemimpinan etika ketua
jabatan terhadap komitmen afektif dan penglibatan kerja pensyarah serta mengenal
pasti peranan tanggapan sokongan organisasi (TSO) dalam hubungan antara variabel
tersebut. Kajian ini juga bertujuan mengenal pasti tahap dan hubungan antara
variabel yang dikaji. Data bagi kajian keratan rentas ini dikutip daripada 306 orang
pensyarah dari lima buah politeknik Malaysia berdasarkan pecahan zon secara
geografi dan menggunakan kaedah persampelan multi-stage. Data diperoleh melalui
soal selidik dwibahasa yang terbahagi kepada lima bahagian, iaitu demografi
responden, kepemimpinan etika, TSO, komitmen afektif dan penglibatan kerja. Data
yang dikutip dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 15.0, manakala perisian
AMOS 7.0 digunakan bagi membina serta mengesahkan model-model pengukuran.
Kaedah structural equation modeling (SEM) pula diaplikasikan dalam membina
model-model struktur bagi tujuan menguji peranan TSO sebagai mediator antara
kepemimpinan etika dengan komitmen afektif dan penglibatan kerja pensyarah.
Actions (login required)
|
View Item |