Draman, Rafie
(2012)
Kajian Pengkomputeran Prinsip Pertama Ke Atas Konformasi Struktur Terbitan N-Benzoil-N’-P-Feniltiourea.
Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Kajian komputeran telah dilakukan ke atas enam sebatian arilbenzoiltiourea iaitu 1-benzoil-3-(4-X-fenil)tiourea (X = H, Cl, Br, NO2, CH3 dan OCH3). Kajian ke atas sebatian-sebatian ini dilakukan dalam dua peringkat iaitu molekul tunggal dan kelompok tujuh molekul. Analisis konformasi pada molekul tunggal dengan menggunakan kaedah DFT B3LYP 6-31G(d) bertujuan membina profil tenaga konformasi relatif, momen dwi-kutub, kekerasan kimia dan keelektronegatifan molekul-molekul itu. Pemerhatian yang dibuat ke atas profil-profil tersebut mendapati konformasi trans-cis adalah konformasi paling stabil untuk molekulmolekul tersebut. Sawar tenaga bagi setiap molekul adalah disebabkan oleh kesan seterik intra-molekul.
Actions (login required)
|
View Item |