Yasmin, Shamima
(2009)
3d Morphing And Shape Transformation
Using Slices.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Secara umum istilah ’Transformasi Rupa Bentuk’ bermaksud transformasi sebuah objek kepada
sebuah objek yang lain. Apabila transformasi rupa bentuk melibatkan dua buah objek iaitu
objek sumber dan objek destinasi, dan terdapat pelenyapan rupa bentuk objek sumber kepada
objek destinasi secara beransur-ansur, berterusan dan serentak maka transformasi rupa bentuk
ini dipanggil ’Pemorfan’. Kebanyakan algoritma transformasi rupa bentuk sedia ada melibatkan
banyak campur tangan pengguna, tidak boleh diskalakan dengan rapi apabila bilangan
objek input lebih daripada dua dan tidak boleh diskalakan dalam persekitaran perkomputeran
selari dan teragih apabila diperlukan. Tesis ini menyentuh isu-isu tersebut dengan mencadangkan
algoritma pemorfan 3D yang novel menggunakan hirisan. Pada mulanya objek sumber
dan destinasi disusur, dan hirisan dijana daripada penyusuran berkenaan. Penyusuran data tertentu
mungkin menjana hirisan yang tidak semestinya selari antara satu sama lain. Bilangan
hirisan yang sama dijana bagi kedua-dua objek sumber dan destinasi. Sempadan kedua-dua
objek berkenaan diekstrak. Sempadan berkenaan kemudiannya disusur pada satah 2D dan ditransformasikan
kepada masing-masing satu awan titik kontur. Interpolasi awan titik kontur
sumber dan destinasi yang sepadan dilakukan, dan permukaan yang ditransformasikan dibina
semula.
Generally the term ‘Shape Transformation’ means transformation of one object into another
object. When shape transformation involves two objects i.e. source object and destination object
and there is gradual, continuous and simultaneous dissolvement of the shape of source
object to destination object, it is called ‘Morphing’. Most of the existing shape transformation
algorithms involve a lot of user intervention, do not scale well when the number of input objects
is more than two and are not scalable in parallel and distributed computing environment
whenever needed. This thesis addresses the above-mentioned issues by proposing a novel 3D
morphing algorithm using slices. Firstly source and destination objects are traversed and slices
are generated from this traversal. Traversal of a particular data may generate slices which may
not be parallel to each other. Equal number of slices is generated for both source and destination
objects. Boundaries of both objects are extracted. The boundaries are then traversed
on a 2D plane and are transformed into a cloud of contour points each. Interpolation of the
corresponding source and destination contour point clouds takes place and transformed surface
is reconstructed.
Actions (login required)
|
View Item |