Hashim, Faridah Che
(2011)
Kajian Morfologi Dan Analisis Genetik
Bagi Varian Padi Angin Dan Padi
Kultivar (Mr 211 Dan Mr 220)
Di Kawasan Mada,
Malaysia.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Infestasi padi angin, Oryza sativa kompleks, adalah serius, terutamanya di
kawasan sawah yang mengamalkan kaedah tabur terus. Varian padi angin
mempunyai ciri morfologi yang seiras dengan padi komersial dan sukar dikawal
pertumbuhannya berbanding rumpai lain. Oleh yang demikian, kajian varian-varian
padi angin dan padi komersial MR 211 dan MR 220 dari plot-plot tanaman padi di
kawasan MADA telah dilaksanakan. Kajian yang telah dijalankan melibatkan tiga
bahagian; i) analisis morfologi bagi varian-varian padi angin dan padi komersial
MR 211 serta MR 220, ii) analisis genetik menggunakan penanda DNA mikrosatelit
terhadap varian-varian padi angin dan padi komersial MR 211 serta MR 220 dan iii)
analisis genetik menggunakan penanda DNA mikrosatelit terhadap varian padi angin
paling dominan di kawasan MADA.
Actions (login required)
|
View Item |