Removal of Methylene Blue by Bentonite Based Adsorbent Film Characterizations and Performances Study

Tuan Zarawi, Tuan Syahiira (2016) Removal of Methylene Blue by Bentonite Based Adsorbent Film Characterizations and Performances Study. Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img] PDF - Submitted Version
Download (267Kb)

    Abstract

    Sisa air berwarna terutamanya dari industri pakaian mesti diambil serius kerana sifat mereka yang berbahaya boleh menyebabkan kemudaratan kepada alam sekitar dan juga sumber air harian kita. Pelbagai rawatan sisa air berwarna telah diperkenalkan oleh penyelidik-penyelidik. Walau bagaimanapun, kebanyakan rawatan mempunyai beberapa kelemahan. Penjerapan adalah rawatan yang terbaik untuk sisa air berwarna. Ini disebabkan oleh prestasi pemisahnya yang tinggi. Tujuan penyelidikan ini adalah untuk memperkenalkan aplikasi baru iaitu filem penjerap untuk penyingkiran pewarna. Filem penjerap ini dibentuk dengan cara menggunakan acuan. 1-Metil-2-Pirrolidan (NMP) digunakan sebagai pelarut, polysulfona (PSf) digunakan sebagai pengikat dan bentonit asli atau bentonit yang diaktifkan oleh acid digunakan sebagai penjerap. Prestasi penjerapan filem bentonit asli dan filem bentonit yang diaktifkan oleh asid (AAB) dibandingkan dan filem bentonit yang diaktifkan oleh asid telah dipilih sebagai filem penjerap yang paling cekap untuk menjerap Metilina Biru (MB) di dalam larutan akueus. Beban AAB juga dikaji bagi menghasilkan formula baru filem penjerap dan 4 g AAB telah dipilh. Ciri-ciri fizikal filem AAB telah dianalisa dan didapati bahawa permukaan filem dipenuhi dengan penjerap secara seragam dan sekata beserta keratan rentas filem yang strukturnya seperti span. Luas permukaan AAB adalah 61.42 m2/g, lebih besar daripada bentonit asli, 23.00 m2/g berserta potensi zeta -19.9 mV dan -46.3 mV masing-masing. Kesan kepekatan awal larutan MB (100 – 700 mg/L), suhu (30, 40, 50, 60 and 70 oC), pH (3-11) telah dikaji. Keputusan kajian menunjukkan kapasiti maksimum filem AAB adalah 166.67 mg/g pada suhu 30 oC. Filem AAB telah memberi peratusan penyingkiran yang tinggi pada suhu yang tinggi iaitu 70 oC dan masa yang diambil untuk mencapai 99.99% penyingkiran MB juga menurun sebanyak dua kali pada 70 oC. Nilai pH dari 3 hingga 9 tidak memberi sebarang pengaruh yang ketara pada kecekapan penjerapan filem AAB. Selain menyingkirkan MB, filem AAB juga boleh menyingkir Congo Red (CR) dan Direct Yellow 8 (DY8). Keputusan kadar penggunaan balik filem AAB menunjukkan bahawa filem AAB boleh digunabalik sehingga 10 kali sebelum mencapai tahap tepu. Kajian terhadap kinetik dan isoterma menunjukkan bahawa penjerapan Metilina Biru sesuai dengan model pseudo-kedua dan isoterma Langmuir. Manakala, data termodinamik menunjukkan bahawa proses penjerapan melalui prosess endotermik, spontan dan rawakan meningkat semasa proses penjerapan tersebut. Hasil daripada kajian menunjukkan bahawa filem AAB berpotensi digunakan sebagai penyingkir warna di dalam air sisa. ________________________________________________________________________________________________________________________ Color wastewater especially from the textile industry must be taken seriously due to their hazardous properties which can caused harm to environment and also our daily water sources. Various color wastewater treatments already be introduced by researchers. However, some of them have some drawbacks. Adsorption is the best treatment for color wastewater due to their high separation performance. The aim of this research is to introduce new applications of adsorbent film for dye removal. The adsorbent film was fabricated in a casting method by using 1-Methyl-2-pyrrolidan (NMP) as the solvent, polysulfone (PSf) as the binder and raw or acid activated bentonite as the adsorbent. The performance of raw and acid activated bentonite film was compared and the acid activated bentonite (AAB) film was later employed as an efficient adsorbent to remove Methylene Blue (MB) in an aqueous solution. The AAB loading was also investigated for new formulation of AAB film and 4 g of AAB was chosen. The physical characteristics of AAB film were analyzed and it was found that the adsorbent well distributed on the surface of the film with sponge-like structure film’s cross section. The surface area of the AAB was 61.42 m2/g, larger than raw bentonite, 23.00 m2/g with the zeta potential of -19.9 mV and -46.3 mV respectively. The effect of initial solution concentration (100 – 700 mg/L), temperature (30, 40, 50, 60 and 70 oC) and pH (3-11) were investigated. Results showed that the maximum adsorption capacity of AAB film was 166.67 mg/g at 30 oC. The AAB film gave high percentage removal at high temperature of 70 oC and the time consuming to reach 99.99% MB removal also decreased two times at 70 oC. The values of pH from 3 to 11 gave no significant effect on the AAB film adsorption efficiency. Instead of removal of MB, the AAB film also able to remove Congo Red (CR) and Direct Yellow 8 (DY8). Reusability of AAB film result showed that it can be recycled till 10th times before reached saturation. Kinetic and isotherm studies revealed that Methylene Blue adsorption described well with pseudo-second order and Langmuir isotherm models. While, the thermodynamic data showed that the adsorption process undergoes endothermic, spontaneous and the randomness increased during the adsorption process. The outcomes from this study indicate that AAB film has high potential for dye removal in wastewater.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: full text is available at http://irplus.eng.usm.my:8080/ir_plus/user/viewPersonalItemVersion.action?genericItemId=2198
    Subjects: T Technology
    T Technology > TP Chemical Technology > TP200-248 Chemicals: Manufacture, use, etc.
    Divisions: Kampus Kejuruteraan (Engineering Campus) > Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia (School of Chemical Engineering) > Thesis
    Depositing User: Mr Mohd Jasnizam Mohd Salleh
    Date Deposited: 11 Jun 2018 10:42
    Last Modified: 11 Jun 2018 10:42
    URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/40736

    Actions (login required)

    View Item
    Share