Keberkesanan Kursus Unit Berunifom di Institut Pendidikan Guru: Perspektif Guru Permulaan

Vadiappana, Anpalakan and Lau, Hooi Lina and Harbant Singh, Barchan Singh (2017) Keberkesanan Kursus Unit Berunifom di Institut Pendidikan Guru: Perspektif Guru Permulaan. In: Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS) 2017. School of Social Sciences, USM, Pulau Pinang, Malaysia, pp. 241-249. ISBN 9789671544013

[img]
Preview
PDF
Download (252kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan meninjau keberkesanan kursus unit berunifom di Institut Pendidikan Guru (IPG). Kursus unit berunifom adalah komponen wajib yang perlu diikuti oleh semua pelajar guru Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Justeru, sampel bagi kajian ini ialah guruguru yang pernah mengikuti kursus unit berunifom di IPG secara sepenuh masa serta telah ditempatkan di sekolah. Guru-guru yang terpilih untuk kajian ini ialah guru-guru yang berpengalaman berkhidmat di sekolah antara satu hingga tiga tahun (yakni guru permulaan). Kajian ini adalah kajian berbentuk tinjauan. Kaedah persampelan yang digunakan dalam kajian ini adalah persampelan bertujuan. Data kajian dikumpul melalui soal selidik dan temubual berfokus untuk menjawab empat soalan utama berkenaan keberkesanan hasil pembelajaran kursus iaitu: (i) kandungan kursus unit berunifom; (ii) kemampuan merancang aktiviti unit berunifom di sekolah; (iii) pengendalian kemahiran asas unit berunifom; serta (iv) pengurusan dan kepimpinan unit berunifom di mana guru itu ditempatkan. Beberapa isu, cabaran dan harapan yang disuarakan oleh guru tentang unit berunifom di peringkat sekolah turut dibincangkan.

Item Type: Book Section
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H1-99 Social sciences (General)
Divisions: Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (School of Social Sciences) > Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS)
Koleksi Penganjuran Persidangan (Conference Collection) > Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS)
Depositing User: Puan Sukmawati Muhamad
Date Deposited: 23 May 2018 06:33
Last Modified: 23 May 2018 06:33
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/40541

Actions (login required)

View Item View Item
Share