Atap Singgora Pada Senibina Tradisional Dan Kontemporari Di Pantai Timur

Mohamad, Shamsu and Surip, Siti Suhaily (2016) Atap Singgora Pada Senibina Tradisional Dan Kontemporari Di Pantai Timur. In: 2nd International Conference on Creative Media, Design & Technology (REKA) 2016, 26-27 September, 2016, Pulau Pinang, Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (1MB) | Preview

Abstract

Kertas kerja ini membincangkan topik berkaitan penggunaan atap singgora pada senibina tradisional dan kontemporari di Kelantan dan Terengganu. Senibina tradisi dan kontemporari negeri Pantai Timur yang dikaji ialah rumah, masjid, ketik Buddha, istana, dan wakaf. Kajian ini penting untuk menjelaskan kepentingan atap singgora pada senibina silam dan senibina masa kini. Atap singgora diperbuat dari tanah liat menjadi pilihan penduduk setempat pada awal tahun 60an kerana rekabentuknya yang menarik dan ringan, bersesuaian untuk struktur senibina kayu. Kelebihan atap singgora yang bersifat poros mampu menyerap air semasa hujan dan mampu menyejukkan suhu dalaman sesebuah rumah pada siang hari sekaligus menjadikan penghuni berasa nyaman dan selesa. Pada masa kini, hanya sebuah perusahaan atap singgora yang berjaya dikenal pasti dan masih terus diusahakan sehingga kini. Antara punca kemerosotan industri perusahaan atap singgora ini adalah disebabkan oleh kemunculan bahan senibina moden seperti simen mengantikan rumah kayu.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: N Fine Arts > NK Decorative arts Applied arts Decoration and ornament
Divisions: Pusat Pengajian Seni (School of the Arts) > International Conference on Creative Media, Design & Technology (REKA)
Koleksi Penganjuran Persidangan (Conference Collection) > International Conference on Creative Media, Design & Technology (REKA)
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 14 Mar 2018 06:51
Last Modified: 14 Mar 2018 06:51
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/39538

Actions (login required)

View Item View Item
Share