Peranan Rekabentuk Dalam Mengekalkan Keunikan Adat Dan Budaya Makan Masyarakat Melayu

Jaffar, Johari and Bidin, Mohamad Omar and Mohamed Khalid, Noor Azlina (2014) Peranan Rekabentuk Dalam Mengekalkan Keunikan Adat Dan Budaya Makan Masyarakat Melayu. In: 1st International Conference on Creative Media, Design & Technology (REKA) 2014, 25-27 November, 2014, Pulau Pinang, Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (348kB) | Preview

Abstract

Rekabentuk merupakan satu bidang seni yang dapat membantu dalam membuat penambahbaikan dan menghasilkan sesuatu produk mengikut keperluan masyarakat hari ini. Keunikan adat dan budaya masyarakat Melayu di Malaysia mempunyai elemen yang menarik sehingga menjadi satu identiti kepada masyarakat tersebut. Dalam kajian ini, rekabentuk dilihat sebagai satu medium yang penting dalam mengekalkan adat dan budaya masyarakat Melayu yang makan menggunakan tangan dan hal ini merupakan satu nilai budaya yang unik. Adat makan merupakan salah satu adat yang seringkali diasosiasikan dengan masyarakat Melayu, malah ianya turut menjadi salah satu identiti yang unik dan masih dipraktikkan hingga ke hari ini. Berdasarkan kajian, set pinggan mangkuk yang berada di pasaran hari ini tidak sesuai untuk digunakan bagi hidangan yang menggunakan tangan, di mana masyarakat Melayu terpaksa mengadaptasikan penggunaan set pinggan mangkuk yang terdapat di pasaran yang kebanyakannya direka mengikut rekabentuk dan citarasa Barat. Justeru itu, kajian ini telah meneroka dan menganalisa rekabentuk dan penggunaan set pinggan mangkuk yang bersesuaian dengan adat makan masyarakat Melayu bagi mengekalkan keunikan adat tempatan ini. Di atas kesedaran itu, satu set pinggan mangkuk yang sesuai dengan keunikan budaya makan masyarakat Melayu turut dicadangkan melalui proses rekabentuk

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: N Fine Arts > N Visual arts (General) For photography, see TR
Divisions: Pusat Pengajian Seni (School of the Arts) > International Conference on Creative Media, Design & Technology (REKA)
Koleksi Penganjuran Persidangan (Conference Collection) > International Conference on Creative Media, Design & Technology (REKA)
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 15 Feb 2018 06:29
Last Modified: 15 Feb 2018 06:29
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/38969

Actions (login required)

View Item View Item
Share