Keberkesanan pelaksanaan ‘Local Agenda 21’ di Malaysia: kajian kes Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Pulau Pinang

Md Zan, Zainal (2012) Keberkesanan pelaksanaan ‘Local Agenda 21’ di Malaysia: kajian kes Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Pulau Pinang. ["eprint_fieldopt_thesis_type_phd" not defined] thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (476kB) | Preview

Abstract

‘Local Agenda 21’ iaitu inisiatif yang terhasil daripada Persidangan Earth Summit di Rio de Janeiro (1992), menekankan peranan pihak berkuasa tempatan dalam pembangunan mampan di peringkat tempatan. Di Malaysia, program ini telah dimulakan pada tahun 2000 dengan melibatkan empat pihak berkuasa tempatan sebagai projek perintis. Sehingga kini, pelaksanaan LA21 telah berkembang hampir ke seluruh pihak berkuasa tempatan di Malaysia. Namun, kajian-kajian menunjukkan terdapat beberapa isu timbul dalam pelaksanaan LA21 yang pastinya memberi impak kepada matlamat LA21. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menilai impak program LA21 dan keberkesanan Majlis Perbandaran Seberang Perai serta pihak-pihak berkepentingan lain memainkan peranan dalam pelaksanaan LA21. Kaedah untuk mendapatkan data dalam kajian ini ialah melalui soalselidik dan temubual di samping kaedah pemerhatian di lapangan. Dapatan kajian menunjukkan program-program LA21 yang dilaksanakan memberikan impak yang baik kepada responden dan pihak berkepentingan. Hasil analisis data menunjukkan tahap pengetahuan, sikap, kemahiran, aspirasi dan tingkahlaku responden semakin baik selepas menyertai program-program yang dianjurkan. Local Agenda 21 is an initiative resulting from Earth Summit Conference in Rio de Janeiro (1992), stressing the role of local authorities in local sustainable development. In Malaysia, the program was started in 2000 involving four local authorities as a pilot project. To date, the LA21 implementation has evolved at almost all local authorities in Malaysia. However, previous studies showed various issues arose in the LA21 implementations that would affect its goals. Thus, this study aims to evaluate the impacts of LA21 programs as well as the effectiveness of Seberang Perai Municipal Council and other stakeholders in implementing LA21. Methods to obtain data in this study were through questionnaires and interviews as well as field observation. The findings show that the LA21 programs have good impacts on the respondents and other stakeholders. Results from data analysis show the level of respondents’ knowledge, attitudes, skills, aspirations and behavior have improved after participating in the organized programs.

Item Type: Thesis (["eprint_fieldopt_thesis_type_phd" not defined])
Subjects: T Technology > TH Building construction > TH1-9745 Building construction
Divisions: Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan & Perancangan (School of Housing, Building & Planning) > Article
Depositing User: Mr Noorazilan Noordin
Date Deposited: 19 Oct 2017 08:55
Last Modified: 17 May 2018 03:13
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/37206

Actions (login required)

View Item View Item
Share