Mohd Taib, Nur Hartini
(2014)
Quantative analysis of brain white matter using diffusion tensor imaging.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Penyelidikan ini mengenai aplikasi pengimejan tensor difusi (DTI) dalam kajian
tentang leukoaraiosis dan jirim putih normal. Empat objektif utama yang telah
digariskan dalam kajian ini telah tercapai. Sebuah fantom kepala telah digunakan dan
sejumlah 15 subjek normal dan 51 subjek leukoaraiosis telah mengambil bahagian
dalam kajian ini. Sejumlah 5128 hirisan telah dianalisis dalam kerja ini. Pengimejan
otak telah dijalankan menggunakan sistem pengimejan resonan magnet (MRI) 1.5
Tesla.
Keupayaan mendapatkan data DTI dan membina trektografi gentian untuk
kajian leukoaraiosis telah dikaji. Hasil yang didapati menunjukkan kebolehan DTI
untuk membezakan leukoaraiosis daripada jirim putih normal. Trektografi gentian
telah menunjukkan perbezaan struktur yang jelas bagi gentian saraf dalam kawasan
jirim putih. Dapat disimpulkan data DTI dan pembinaan trektografi gentian untuk
penilaian leukoaraiosis didapati boleh dilaksanakan.
This research is concerned with the application of diffusion tensor imaging (DTI) in
the study of leukoaraiosis and normal white matter. Four main objectives outlined in
the study have been achieved. A head phantom was used and a total of 15 normal
subjects and 51 leukoaraiosis subjects participated in the study. A total of 5128 slices
were analysed in this work. Brain imaging was performed using 1.5 Tesla MRI
system.
Feasibility of acquiring DTI data and constructing fiber tracts for
leukoaraiosis study was investigated. Results obtained showed capability of DTI to
distinguish leukoaraiosis from normal white matter. Fiber tractography exhibited a
good structural differentiation of nerve fibers in the white matter region. Acquiring
DTI data and constructing fiber tractography for assessment of leukoaraiosis was
found to be feasible.
Actions (login required)
|
View Item |