Pelaksanaan pembiayaan perumahan di bawah prinsip Bay' Bithaman Ajil oleh Bank Islam Malaysia Berhad

Ahmad, Fadzila Azni (2001) Pelaksanaan pembiayaan perumahan di bawah prinsip Bay' Bithaman Ajil oleh Bank Islam Malaysia Berhad. Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (2MB) | Preview

Abstract

Tesis ini bertujuan mengkaji pelaksanaan pembiayaan perumahan secara Islam di bawah prinsip Bay' Bithaman Ajil (BBA) yang dilaksanakan di Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB). Secara lebih khusus ia merupakan hasil kajian yang dilaksanakan untuk mengungkai persoalan kadar keuntungan dan bayaran balik yang tinzzi di dalam pelaksanaan p~mbiayaan perumahan di bawah prinsip BBA oleh BIMB. Isu pengenaan kadar keuntungan dan jumlah bayaran balik yang tinggi ini sering dikaitkan dengan persoalan sejauh manakah penegakan prinsip-prinsip syariah oleh BIMB di dalam produk pembiayaan perumahan secara Islam yang ditawarkan. Berdasarkan permasalahan tersebut adalah menjadi objektif kajian ini untuk mengkaji penetapan kadar keuntungan pembiayaan perumahan di bawah prinsip BBA oleh BIMB dengan membuat perbandingan secara berangka dengan kadar faedah di dalam pinjaman pcrumahan konvensional. Di samping itu kajian ini juga bertujuan mengesahkan sejauh manakah kebenaran persepsi yang mengatakan bayaran balik pembiayaan perumahan secant Islam di BIMB adala? terlalu mahal dan menekan. Akhir sekali tujuan kajian ini adalah untuk melihat keselarian di antara penetapan kadar keuntungan dan bayaran balik pembiayaan tersebut dengan prinsip-prinsip syariah. This thesis is aimed at examining the implementation of Bay' Bithaman Aj11 (BBA) by Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), specifically on the issues of high loan repayments and its profit rates. Both issues are related to the question on how far the syariah principles are upheld by BIMB while offering the Islamic Housing loan. Based on the issues mentioned above, it is the objective of this research to study the profit rate of the housing loan under the BBA principle by BIMB by comparing it to the interest rate of the conventional housing loan. This research shall, at the same time, confirm the perception that the loan repayment of the BBA is too high and finally will study how far the profit rate and the loan repayment methods are in compliance with the syariah principles.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H1-99 Social sciences (General)
Divisions: Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (School of Social Sciences)
Depositing User: Mr Noorazilan Noordin
Date Deposited: 06 Jul 2017 04:10
Last Modified: 06 Jul 2017 04:10
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/35418

Actions (login required)

View Item View Item
Share