Mohd Tahir, Lokman and Mustafa, Nurul Qistin and Mohd Yassin, Mohd Hanafi
(2009)
Pendidikan Teknik Dan Vokasional
Untuk Pelajar Berkeperluan Khas
(Vocational Dan Technical Education
For Special Needs Students).
The Asia Pacific Journal of Educators and Education (formerly known as Journal of Educators and Education), 24 (1).
pp. 1-15.
ISSN 2289-9057
Abstract
Kajian yang menganalisis pengajaran dan pembelajaran untuk golongan
berkeperluan khas dalam bidang teknik dan vokasional yang masih kurang diteliti dalam
bidang pendidikan khas. Secara khusus, kajian ini cuba meneliti faktor-faktor yang
dijangka dapat mempengaruhi sistem pendidikan teknik dan vokasional untuk pelajar
berkeperluan khas di politeknik. Untuk itu, empat dimensi utama telah dijadikan asas
kepada kajian ini iaitu penerimaan politeknik terhadap pelajar berkeperluan khas,
kemahiran tenaga pengajar dalam menyampaikan pengajaran kepada golongan
berkeperluan khas, kesesuaian silibus dan sistem prasarana dalam inisiatif untuk
meningkatkan keberkesanan program pendidikan khas teknik dan vokasional. Responden
kajian ini terdiri daripada golongan pensyarah politeknik yang mengajar pelajar yang
dikategorikan sebagai pelajar khas cacat pendengaran di tiga buah politeknik yang
melaksanakan program untuk pelajar berkeperluan khas. Secara keseluruhannya,
penerimaan pihak pentadbiran dan pensyarah politeknik terhadap pelajar berkeperluan
khas adalah memberangsangkan manakala kemampuan dan ilmu yang dimiliki oleh
pensyarah untuk mengajar golongan ini adalah pada tahap yang tinggi. Di samping itu,
silibus untuk pelajar khas juga dinilai pada tahap yang tinggi manakala, prasarana atau
kemudahan yang disediakan di politeknik juga pada tahap yang memuaskan dan kini
sedang dipertingkatkan bagi memenuhi keperluan golongan pelajar pendidikan khas.
Actions (login required)
|
View Item |