Lee , Lay Wah and Mohd Ali, Manisah and Salleh, Norani
(2008)
Pembinaan Dan Pengesahan Ujian Membaca
Perkataan Dan Ujian Mengeja Untuk Tujuan
Mengenal Pasti Disleksia: Satu Kajian Rintis
(Development And Validation Of Word Recognition
And Spelling Test For The Purpose Of
Dyslexia Assessment: A Pilot Study).
The Asia Pacific Journal of Educators and Education (formerly known as Journal of Educators and Education), 23 (1).
pp. 1-12.
ISSN 2289-9057
Abstract
Masalah paling utama yang dihadapi oleh seseorang murid disleksia adalah
dalam menguasai kemahiran membaca dan mengeja. Tujuan kajian rintis ini adalah untuk
membina dan menentukan ciri-ciri psikometri kebolehpercayaan dan kesahan ujian
membaca perkataan dan ujian mengeja. Kedua-dua ujian tersebut akan digunakan untuk
mengenal pasti masalah disleksia. Metodologi kajian melibatkan proses pembinaan ujian,
proses pemurninan item ujian serta proses penyiasatan kebolehpercayaan serta kesahan
ujian. Sampel kajian terdiri daripada 46 orang murid tahun satu. Hasil kajian
menunjukkan bahawa pekali kebolehpercayaan untuk kedua-dua ujian adalah tinggi, iaitu
0.980 untuk ujian membaca perkataan tunggal dan 0.968 untuk ujian mengeja perkataan
tunggal. Bukti kesahan isi kandungan telah didapati daripada penyemakan oleh panel
pakar. Bukti kesahan serentak telah diperoleh dengan korelasi yang tinggi antara keduadua ujian dengan ujian Bahasa Malaysia (BM) sekolah yang telah digunakan sebagai
kriteria. Implikasi hasil kajian ini adalah kedua-dua ujian boleh digunakan untuk
mengenal pasti masalah membaca murid-murid disleksia sebab kedua-dua ujian ini
memenuhi kriteria ciri psikometri kebolehpercayaan dan kesahan
Actions (login required)
|
View Item |