Kaliaperumal , Renuka and Syed Idros, Sharifah Norhaidah
(2008)
Kesan Penggunaan Peta Konsep Bersama Koswer
Pengajaran Sains Tingkatan 1 (Kementerian
Pendidikan Malaysia) Dalam Meningkatkan
Pengetahuan Dan Kesedaran Alam Sekitar
(The Effect Of Using Concept Map With Teaching
Courseware Of Form 1 Sciences [Ministry Of
Education, Malaysia] In Increasing The
Environmental Knowledge And Awareness).
The Asia Pacific Journal of Educators and Education (formerly known as Journal of Educators and Education), 23 (1).
pp. 1-12.
ISSN 2289-9057
Abstract
Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji kesan penggunaan peta konsep
bersama Koswer Pengajaran Sains Tingkatan 1 (Kementerian Pendidikan Malaysia)
dalam meningkatkan pengetahuan dan kesedaran alam sekitar. Kajian ini memfokuskan
subjek Sains tingkatan 1 iaitu Bab 5: ''Air Pollution – The Effects, Preventing and
Controlling'' yang menyentuh khusus nilai-nilai alam sekitar. Sampel pelajar terdiri
daripada 70 orang pelajar tingkatan satu dari dua buah sekolah menengah. Ujian pra dan
pasca telah dijalankan bagi kedua-dua kumpulan untuk menentukan tahap pengetahuan
dan kesedaran alam sekitar. Kajian quasi-eksperimen ini memerihalkan perbandingan
penggunaan peta konsep bersama koswer berbanding dengan koswer sahaja. Pelajar
daripada kumpulan eksperimen melalui tiga fasa pembentukan peta konsep (individu,
kumpulan dan bersama guru) setelah belajar menggunakan koswer. Manakala pelajar
daripada kumpulan kawalan hanya belajar menggunakan koswer sahaja. Data-data yang
diperolehi melalui ujian pra dan pasca telah dianalisis menggunakan kaedah statistik
deskriptif dan statistik inferens menerusi independent samples t-test dan ujian korelasi
Pearson. Peningkatan skor daripada ujian pra dan pasca menunjukkan bahawa terdapat
perbezaan yang signifikan antara kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen bagi
pengetahuan dan kesedaran alam sekitar. Kumpulan eksperimen memperlihatkan
peningkatan yang lebih tinggi berbanding dengan kumpulan kawalan. Manakala pelajarpelajar dengan pencapaian rendah memperlihatkan peningkatan dalam pengetahuan alam
sekitar yang lebih signifikan daripada pelajar-pelajar dengan pencapaian tinggi. Analisis
korelasi pula menunjukkan wujudnya perhubungan positif yang signifikan antara
pengetahuan dan kesedaran alam sekitar. Keputusan kajian ini mencadangkan bahawa
peta konsep bersama koswer merupakan gabungan strategi kognitif terbaik yang boleh
digunakan di dalam bilik darjah bagi meningkatkan pengetahuan dan kesedaran alam
sekitar para pelajar.
Actions (login required)
|
View Item |