Kualiti Guru Permulaan Keluaran Sebuah Institut Perguruan: Satu Tinjauan Dari Perspektif Pentadbir Sekolah (Quality Of Beginning Teachers Of A Teacher Training Institute: A Survey From The Perspective Of School Administrators)

Chee , Kim Mang (2008) Kualiti Guru Permulaan Keluaran Sebuah Institut Perguruan: Satu Tinjauan Dari Perspektif Pentadbir Sekolah (Quality Of Beginning Teachers Of A Teacher Training Institute: A Survey From The Perspective Of School Administrators). The Asia Pacific Journal of Educators and Education (formerly known as Journal of Educators and Education), 23 (1). pp. 1-19. ISSN 2289-9057

[img]
Preview
PDF
Download (120kB) | Preview

Abstract

Kertas kerja ini bertujuan untuk membincangkan kepuasan pihak pentadbir sekolah terhadap guru permulaan Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) dan guru permulaan Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) keluaran sebuah institut perguruan di Malaysia. Kumpulan guru permulaan ini mula berkhidmat sebagai guru sekolah selama enam bulan pertama mereka ditempatkan ke sekolah-sekolah di seluruh Malaysia. Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan. Data dikutip dengan menggunakan instrumen Soal Selidik Kepuasan Pelanggan (SSKP). Kaedah persampelan rawak bersistematik digunakan dalam kajian ini. Sebanyak 105 set soal selidik telah diposkan ke sekolah-sekolah di mana guru permulaan ditempatkan di seluruh Malaysia. Sebanyak 83 (79.1%) set soal selidik telah dikembalikan oleh pentadbir-pentadbir sekolah. Kertas kerja ini akan membincangkan tahap kepuasan pihak pentadbir sekolah terhadap empat aspek iaitu: (i) kualiti diri; (ii) pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah; (iii) pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah; dan (iv) pengurusan kerja di mana guru permulaan itu ditempatkan. Beberapa isu, cabaran dan harapan yang disuarakan oleh pihak pentadbir tentang guru permulaan keluaran institut perguruan juga dibincangkan.

Item Type: Article
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Divisions: Penerbit Universiti Sains Malaysia (USM Press) > The Asia Pacific Journal of Educators and Education (formerly known as Journal of Educators and Education)
Depositing User: Mr Firdaus Mohamad
Date Deposited: 19 May 2017 08:25
Last Modified: 19 May 2017 08:25
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/34391

Actions (login required)

View Item View Item
Share