Penguasaan Jawi Dan Hubungannya Dengan Minat Dan Pencapaian Pelajar Dalam Pendidikan Islam

Nik Yaacob, Nik Rosila (2007) Penguasaan Jawi Dan Hubungannya Dengan Minat Dan Pencapaian Pelajar Dalam Pendidikan Islam. The Asia Pacific Journal of Educators and Education (formerly known as Journal of Educators and Education), 22 (1). pp. 1-12. ISSN 2289-9057

[img]
Preview
PDF
Download (137Kb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan antara penguasaan Jawi dengan pencapaian dan minat pelajar dalam Pendidikan Islam. Subjek kajian seramai 400 orang pelajar Tingkatan 2 dan Tingkatan 4 daripada dua buah sekolah menengah di Shah Alam dan Kuala Lumpur. Kaedah penyelidikan ''survey'' digunakan untuk mengumpul data. Alat kajian yang digunakan ialah: (i) Ujian penguasaan Jawi yang menguji kemahiran menulis dan mengeja Jawi, ujian menjawab soalan aneka pilihan, ujian kemahiran menulis soalan esei dan ujian menulis ayat al-Quran, (ii) Soal selidik, iaitu tentang latar belakang pelajar, minat pelajar terhadap Pendidikan Islam, pencapaian pelajar dalam peperiksaan Pendidikan Islam, cara pelajar belajar Pendidikan Islam dan cara guru mengajar Pendidikan Islam. Dapatan kajian mendapati bahawa: (i) Penguasaan pelajar dalam Jawi adalah lemah terutama dalam aspek-aspek yang diuji. (ii) Terdapat hubungan yang signifikan antara penguasaan Jawi dan pencapaian pelajar dalam Pendidikan Islam. Dapatan juga dapat menunjukkan sama ada pelajar itu berada dalam kategori lemah, sederhana atau baik dalam penguasaan Jawi, minat mereka terhadap Pendidikan Islam adalah rendah.

    Item Type: Article
    Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
    Divisions: Penerbit Universiti Sains Malaysia (USM Press) > The Asia Pacific Journal of Educators and Education (formerly known as Journal of Educators and Education)
    Depositing User: Mr Firdaus Mohamad
    Date Deposited: 19 May 2017 16:15
    Last Modified: 19 May 2017 16:15
    URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/34384

    Actions (login required)

    View Item
    Share