Kemurungan Di Kalangan Pelajar: Satu Kajian Kes

See , Ching Mey and Lee , Siew Siew (2005) Kemurungan Di Kalangan Pelajar: Satu Kajian Kes. The Asia Pacific Journal of Educators and Education (formerly known as Journal of Educators and Education), 20 (1). pp. 1-17. ISSN 2289-9057

[img]
Preview
PDF
Download (159kB) | Preview

Abstract

Kajian ini cuba mengenal pasti kelaziman kemurungan di kalangan pelajarpelajar Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah jenis kebangsaan Cina. Kajian ini menyelidik sama ada terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor min kemurungan antara remaja lelaki dengan remaja perempuan. Kajian ini juga menguji perhubungan antara kemurungan dengan pencapaian akademik. Inventori Kemurungan Beck yang berbentuk laporan kendiri digunakan untuk mengumpulkan data dan inventori ini diedarkan secara rawak kepada 182 pelajar Tingkatan Tiga. Analisis statistik yang digunakan adalah jadual silang, ujian-t, korelasi Pearson dan ANOVA Satu Hala. Dapatan kajian menunjukkan bahawa 43.41% daripada sampel mengalami kemurungan klinikal (skor melebihi 17). Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor min antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan. Sebaliknya, kemurungan remaja berhubungan dengan tahap pencapaian akademik yang lemah.

Item Type: Article
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Divisions: Penerbit Universiti Sains Malaysia (USM Press) > The Asia Pacific Journal of Educators and Education (formerly known as Journal of Educators and Education)
Depositing User: Mr Firdaus Mohamad
Date Deposited: 19 May 2017 02:06
Last Modified: 19 May 2017 02:06
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/34316

Actions (login required)

View Item View Item
Share