Out of the Box

Abd Razak, Dzulkifli (2003) Out of the Box. Perutusan 2003.

[img]
Preview
PDF
Download (722Kb) | Preview

    Abstract

    Pada tahun 2002, Universiti ini dengan sedar dan terencana telah mengarahkan usahanya kepada aktiviti pengantarabangsaan melalui beberapa pendekatan. Antaranya termasuklah memperkenalkan Universiti Sains Malaysia (USM) dengan cara lebih sistematik bukan sahaja dari segi program-program yang ada, khususnya dari peringkat pengajian siswazah, ataupun hasil-hasil penyelidikan serta output akademiknya, tetapi termasuk juga dari segi kegiatan pelajar merangkumi aktiviti kebudayaan dan juga sukan. Umumnya, pencapaian yang menjurus kepada aktiviti pengantarabangsaan, walaupun amat memberangsangkan, ia akan dikaji dengan teliti supaya kita boleh belajar daripadanya, dan memperbaiki lagi agenda transformasi yang dimulakan tahun lalu. Ringkasnya usaha pengantarabangsaan akan diteruskan tetapi diberi nilai tambah tertentu. Ini menjadi teras ucapan pada tahun ini. Pendekatan ini kita ambil kerana antara celah-celah kejayaan tahun lalu, masih dapat dikesan pelbagai potensi lain untuk dikembangkan seterusnya apabila diambil kira pencapaian pada peringkat kebangsaan yang telah ditempa dalam masa yang sama.

    Item Type: Article
    Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
    Divisions: Koleksi Naib Canselor (Vice Chancellor Collection) > Profesor Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak > Newspaper Clippings
    Depositing User: Mr Noorazilan Noordin
    Date Deposited: 04 May 2017 10:14
    Last Modified: 05 May 2017 12:31
    URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/33827

    Actions (login required)

    View Item
    Share