A. Lourdusamy, A. Lourdusamy
(1989)
Relationship between Cognitive Style and the
Relative Preference for Discovery Learning and
Expository Learning.
The Asia Pacific Journal of Educators and Education (formerly known as Journal of Educators and Education), 10 (1).
pp. 1-12.
ISSN 2289-9057
Abstract
Kajian ini menyiasat perhubungan di antara empat gaya kognitif (field independence-field
dependence, gaya konsepan, gaya pembedaan konsep dan pemikiran bertumpu-bercapah) dan keutamaan
relatif bagi pembelajaran penemuan bandingan dengan pembelajaran pendedahan. Keutamaan relatif
ini dikaji daripada dua dimensi iaitu kesenangan/kesukaran dan keenakan/ kebencian. Cara
melaksanakan kaedah pembelajaran ialah melalui modul-modul pengajaran sendiri. Subjek-subjek
dengan gaya pembedaan konsepsan tinggi dan pemikiran divergen mengamati pembelajaran penemuan
lebih sukar daripada pembelajaran pendedahan. Subjek-subjek 'field independent' dan pemikiran
inferensi tinggi mengamati pembelajaran penemuan Iebih keenakan daripada pembelajaran pendedahan.
Keputusan ini menunjukkan gaya kognitif juga boleh mempengaruhi ciri affektif berkaitan dengan
pembelajaran di samping hasil kognitif yang kerapkali dilaporkan. Ini mengusulkan bahawa konsep
'sikap-bakat-interaksi' harus termasuk dalam penyelidikan gaya kognitif oleh sebab sikap pelajar terhadap
sesuatu strategi pengajaran mungkin menjadi Iebih penting untuk pembelajaran berlaku daripada
bakatnya.
Actions (login required)
|
View Item |