Youth Energy Squad

CETREE, Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (2012) Youth Energy Squad. Berita@Cetree.

[img]
Preview
PDF
Download (1MB) | Preview
Official URL: http://cetree.usm.my

Abstract

GEORGETOWN, 3 FEBRUARI 2012 - International Economic And Commercial Science Student Association (AIESEC) di bawah projek Students Knowledge Transfer Programme (SKTP) telah menganjurkan satu program bersama pelajarpelajar Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) - Kolej Teknologi Cosmopoint, Pulau Pinang bagi memindahkan ilmu berkaitan Teknologi Hijau dan Kecekapan Tenaga. Menyedari kepentingan dan kepakaran berkaitan Teknologi Hijau, CETREE dijemput bagi menyertai dan terlibat secara langsung bagi menyampaikan maklumat dari segi eksperimen hands-on dengan membawa Unit Pameran Bergerak ke Kolej Teknologi, Cosmopoint Pulau. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran dan pengetahuan kepada pelajar-pelajar mengenai betapa pentingnya Teknologi Hijau dan Kecekapan Tenaga kepada kita semua rakyat Malaysia pada masa sekarang. Antara aktiviti yang dilaksanakan semasa program sehari bersama Kolej Teknologi Cosmopoint Pulau ialah sesi ceramah dan soalan berkaitan tajuk Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga serta lawatan ke Unit Pameran Bergerak CETREE. Pelbagai kiosk-kiosk Teknologi Hijau yang dapat disaksikan serta boleh dijadikan pengajaran dan ilmu pengetahuan bersama. CETREE diwakili oleh Pen. Peg. Penyelidik CETREE, En. Mohd Nizam Md Saad dan dibantu oleh sekretariat CETREE, En. Izzat Noordin, En. Muhamad Zamree Zulkipli, dan En. Muhamad Syabil Saad sebagai fasilitator yang membantu memberi penerangan mengenai Unit Pameran Bergerak (Van Teknologi Hijau) serta menjayakan aktiviti-aktiviti kepada pelajar-pelajar dan komuniti-komuniti kawasan Georgetown yang hadir.

Item Type: Article
Subjects: T Technology
Divisions: Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Article
Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Berita@CETREE
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 18 Apr 2017 08:11
Last Modified: 15 May 2017 01:51
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/33358

Actions (login required)

View Item View Item
Share