YaHijau Malaysia Dengan Kerjasama Cetree Dan Kpm Telah Menjayakan Karnival Inovasi Teknologi Hijau Peringkat Kebangsaan Tahun 2016

CETREE, Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (2016) YaHijau Malaysia Dengan Kerjasama Cetree Dan Kpm Telah Menjayakan Karnival Inovasi Teknologi Hijau Peringkat Kebangsaan Tahun 2016. Berita@Cetree.

[img]
Preview
PDF
Download (18Mb) | Preview
    Official URL: http://cetree.usm.my

    Abstract

    SUNGAI PETANI, November 2016 - Karnival Inovasi Teknologi Hijau peringkat kebangsaan tahun 2016 merupakan acara tahunan yang baru diperkenalkan oleh Yayasan Hijau Malaysia (YaHijau) dengan kerjasama Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada seluruh pelajar sekolah menengah di Malaysia dalam melibatkan diri secara langsung dengan mewakili negeri masing-masing menyertai pertandingan yang bertemakan Teknologi Hijau. MONTAGE FINAL KARNIVAL INOVASI TEKNOLOGI HIJAU PERINGKAT KEBANGSA... Karnival yang berlangsung selama 3 hari bertempat di Cinta Sayang Resort, Sungai Petani, Kedah telah menarik minat kesemua enam belas buah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) seluruh Malaysia dalam menghantar penyertaan kali ini. Sebanyak 7 jenis pertandingan yang dipertandingkan. Antaranya seperti Green Cooker Challenge, Inovasi Tenaga Biojisim, Green Technology Show, Rekacipta Inovasi Teknologi Hijau, Rekabentuk Bandar Teknologi Hijau, Solar Vehicle Challenge, Kuiz Teknologi Hijau dan Explorace. Dengan 17 orang Hakim jemputan daripada pelbagai kepakaran di universiti – universiti seluruh Malaysia, 8 orang jawatankuasa teknikal kebangsaan, 16 orang pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri seluruh Malaysia, 108 orang mentor dan 312 orang pelajar yang sama – sama memeriahkan karnival tersebut. Pemenang dinilai berdasarkan kriteria-kriteria pemarkahan yang telah ditetapkan. Hadiah – hadiah yang diberikan kepada pemenang – pemenang pertandingan merupakan Piala Johan Keseluruhan Pertandingan Karnival Inovasi Teknologi Hijau, Piala setiap kategori pertandingan, tempat pertama hingga ketiga dan sijil penyertaan.Johan keseluruhan pertandingan bagi Karnival Inovasi Teknologi Hijau peringkat kebangsaan tahun 2016 telah dimenangi oleh kontijen dari negeri Kedah Darul Aman. Kemeriahan Karnival Inovasi Teknologi Hijau peringkat kebangsaan tahun 2016 diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Hijau Malaysia (YaHijau), Encik Amin Abdullah bagi merasmikan majlis penutup dan sekaligus memberikan hadiah serta sijil kepada pemenang – pemenang pertandingan di karnival tersebut.

    Item Type: Article
    Subjects: T Technology
    Divisions: Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Article
    Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Berita@CETREE
    Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
    Date Deposited: 18 Apr 2017 15:57
    Last Modified: 15 May 2017 09:51
    URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/33355

    Actions (login required)

    View Item
    Share