Teknologi Hijau

CETREE, Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau Teknologi Hijau. Berita@Cetree.

[img]
Preview
PDF
Download (1260Kb) | Preview
    Official URL: http://cetree.usm.my

    Abstract

    Definisi Teknologi Hijau merujuk pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. Teknologi Hijau merujuk produk, peralatan, atau sistem yang memenuhi kriteria-kriteria berikut: Ia meminimumkan degrasi persekitaran; Ia mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang rendah atau sifar; Ia selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan; Menjimatkan tenaga dan sumber asli; dan Menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui. Dasar Teknologi Hijau Negara Kenyataan Dasar Teknologi Hijau sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi negara ke arah pembangunan yang mapan Empat Tonggak Dasar Teknologi Hijau Negara Tenaga - Mencari ketidakbergantungan tenaga dan mempromosikan kecekapan tenaga; Alam sekitar - Memulihara dan meminimumkan kesan kepada alam sekitar; Ekonomi - Meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan teknologi dan Sosial - Meningkatkan kualiti hidup untuk semua. Dasar Teknologi Hijau Negara merangkumi unsur ekonomi, alam sekitar dan sosial seperti yang digariskan oleh lima (5) objektif yang berikut : Untuk mengurangkan kadar peningkatan penggunaan tenaga dalam masa yang sama meningkatkan pembangunan ekonomi; Untuk membantu pertumbuhan dalam industri Teknologi Hijau dan meningkatkan sumbangannya kepada ekonomi negara; Untuk meningkatkan keupayaan bagi inovasi dalam pembangunan Teknologi Hijau dan meningkatkan daya saing dalam Teknologi Hijau di persana antarabangsa; Untuk memastikan pembangunan mapan dan memulihara alam sekitar untuk generasi akan datang; dan Untuk meningkatkan pendidikan dan kesedaran awam terhadap Teknologi Hijau dan menggalakkan penggunaan meluas Teknologi Hijau. Matlamat kebangsaan mengenai Dasar Teknologi Hijau adalah untuk menyediakan hala tuju dan motivasi untuk rakyat Malaysia terus menikmati kualiti kehidupan yang baik dan persekitaran yang sihat. Kemajuan yang signifikasikan dan peningkatan utama dalam empat (4) sektor utama yang berikut : Sektor Tenaga: Sektor Bekalan Tenaga: Aplikasi Teknologi Hijau dalam penjanaan tenaga dan pengurusan bekalan tenaga, termasuk penjanaan bersama (co-generation) di sektor industri dan komersial; dan Sektor Penggunaan Tenaga: Aplikasi Teknologi Hijau dalam semua sektor penggunaan tenaga dan dalam program pengurusan permintaan tenaga. Sektor Bangunan: Menerima pakai Teknologi Hijau dalam pembinaan, pengurusan, pemuliharaan dan pemusnahan bangunan. Sektor Air dan Pengurusan Sisa: Menerima pakai Teknologi Hijau dalam pengurusan dan penggunaan sumber air, rawatan kumbahan, sisa pepejal dan kawasan pelupusan sampah. Sektor Pengangkutan: Memasukkan elemen Teknologi Hijau dalam prasarana pengangkutan dan kenderaan, khususnya biobahan api dan pengangkutan jalan awam.

    Item Type: Article
    Subjects: T Technology
    Divisions: Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Article
    Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Berita@CETREE
    Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
    Date Deposited: 18 Apr 2017 15:47
    Last Modified: 15 May 2017 09:51
    URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/33352

    Actions (login required)

    View Item
    Share