Teknologi Hijau Di Melaka Bandaraya Bersejarah

CETREE, Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (2012) Teknologi Hijau Di Melaka Bandaraya Bersejarah. Berita@Cetree.

[img]
Preview
PDF
Download (1191Kb) | Preview
    Official URL: http://cetree.usm.my

    Abstract

    MELAKA, 28 MAC 2012 – Negeri Melaka merupakan satu-satunya negeri yang mengamalkan konsep berasaskan Teknologi Hijau. Baru-baru ini negeri Melaka telah mengadakan satu seminar di bawah anjuran Jabatan Ketua Menteri Melaka melalui Bahagian Penyelidikan Pembangunan (R&D) dengan kerjasama Politeknik Merlimau, Melaka dan Institut Pengurusan dan Integriti Negeri Melaka yang bertemakan Teknologi Hijau Diimplementasi Genarasi Lestari. Seminar berlangsung di Hang Tuah World Heritage Hotel selama satu (1) hari. Menyedari kepentingan dan kepakaran berkaitan Teknologi Hijau “Selari dengan seruan Perdana Menteri, negeri Melaka merupakan Bandar Berteknologi Hijau” kata Ketua Menteri Melaka. CETREE dijemput menyertai seminar dengan mengadakan ceramah yang bertajuk Keselamatan Tenaga dan Air dan terlibat secara langsung untuk mengadakan pameran bergerak dengan menyampaikan maklumat dari segi eksperimen hand-on ke Melaka, Bandaraya Bersejarah. Seminar ini bertujuan untuk meneroka inovasi, potensi dan impak kepada negara bagi mengurangkan kadar peningkatan penggunaan tenaga dalam merealisasikan daya saing pembangunan Teknologi Hijau dan Kecekapan Tenaga di Malaysia pada masa kini. Seminar ini diserikan lagi dengan kehadiran YAB Datuk Seri Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka bagi merasmikan seminar yang berlangsung selama sehari. Antara aktiviti-aktiviti dan agensi-agensi yang terlibat semasa seminar ini berlangsung adalah Pembentangan Kertas Kerja (Rumah Solar, Penerimaan dan Penguasaan Pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Aplikasi Tenaga Diperbaharui pada Kereta Golf Berkuasa Solar, Penumpu Kuasa Solar Dan Prospeknya di Malaysia, Mengoptimumkan Penyerapan Tenaga Menggunakan Penjejak Solar) - Ketua Pegawai Eksekutif (R&D), Penyelenggaraan Penjimatan Tenaga/Solar Photovoltaic Standard in Malaysia - SIRIM Berhad, Retrofitting toword Green Buildings - Universiti Kebangsaan Malaysia, Dasar Teknologi Hijau - Kementerian Tenaga, Air dan Teknologi Hijau(KeTTHA) dan Unit Pameran Bergerak Bas Teknologi Hijau - CETREE, Universiti Sains Malaysia. CETREE diketuai oleh Pengarah, Profesor Dr. Haslan Abu Hassan dan dibantu oleh sekretariat En. Mohd Nizam Md. Saad, En. Muhammad Akmal Hazan, En. Izzat Noordin, En. Muhamad Zamree Zulkipli dan En. Muhamad Syabil Saad sebagai fasilitator yang membantu memberi penerangan mengenai kiosk-kiosk yang terdapat dalam bas Teknologi Hijau, CETREE.

    Item Type: Article
    Subjects: T Technology
    Divisions: Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Article
    Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Berita@CETREE
    Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
    Date Deposited: 18 Apr 2017 15:44
    Last Modified: 15 May 2017 09:51
    URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/33350

    Actions (login required)

    View Item
    Share