Psp Green Carnival 2017

CETREE, Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (2017) Psp Green Carnival 2017. Berita@Cetree.

[img]
Preview
PDF
Download (6Mb) | Preview
    Official URL: http://cetree.usm.my

    Abstract

    SEBERANG PERAI, 8 Mac 2017 Green Carnival 2017 anjuran Politeknik Seberang Perai bersama SIRIM Berhad Corporation, Jabatan Kejuruteraan Elektrik Politeknik Seberang Perai, POLYGreen Politeknik (Seberang Perai), Taiace Engineering Sdn Bhd, Persatuan Pengguna Pulau Pinang, Majlis Perbandaran Seberang Perai dan CETREE USM telah diadakan di Dewan Seri Mutiara pada jam 8.00 pagi hingga 3.00 petang. Menurut Dr. Hjh Salmi bin Che Meh, Timbalan Pengarah Politeknik Seberang Perai dalam ucapan majlis penutupan, “program ini melibatkan pelajar dari Politeknik Seberang Perai, Politeknik Balik Pulau, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Politeknik Ungku Omar, SMK Seri Balik Pulau, SMK Pauh Jaya, Bukit Mertajam High School, SMK Bandar Baru Perda, SMK Penanti, SMK Convent Bukit Mertajam dan Tadika Kemas PSP”. Menurut beliau lagi, program yang bertemakan “Towards Sustainable PSP” Peringkat Zon Utara ini bertujuan untuk menjadikan politeknik hijau dan memberi pendedahan kepada para pelajar dan muridmurid sekolah berkenaan kepentingan Teknologi Hijau dan kepentingan kitar semula. Program ini juga bertujuan untuk meningkatkan daya kreativiti dan inovasi berkonsepkan Teknologi Hijau dalam kalangan pelajar. En. Khairol Adha bin Ahmad, Pengarah Projek PSP Green Carnival 2017 berkata, “antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini berlangsung ialah Pertandingan Projek Inovasi Politeknik Peringkat Zon Utara, Pertandingan Inovasi Sekolah, Pertandingan Reka cipta Pasu Kanakkanak Tadika, Pameran Agensi, Ceramah Pensyarah Pelawat Industri, Kuiz Teknologi Hijau dan Pertandingan Kereta Berkuasa Angin”. Prof. Madya Dr. Mohd Wira bin Mohd. Shafiei, Pengarah CETREE selaku penilai Pertandingan Projek Inovasi “hasil daripada keputusan, dapat disimpulkan bahawa kefahaman para pelajar tentang penciptaan Teknologi Hijau dapat dicapai dengan lebih baik sekiranya para juri memberikan rubik pertandingan yang lebih lengkap kepada para peserta supaya objektif pertandingan dapat dicapai”. Selaras dengan objektif Program PSP Green Carnival 2017, CETREE melalui Unit Pameran Bergerak Teknologi Hijau turut sama mengadakan pameran untuk memberi kesedaran dan pengetahuan kepada para pengunjung tentang pentingnya Teknologi Hijau pada masa kini. Pelbagai kiosk Teknologi Hijau turut dipamerkan. Demonstrasi kioskkiosk Teknologi Hijau, edaran risalahrisalah berkaitan Kecekapan Tenaga dan Unit Pameran Bergerak juga turut dijalankan.

    Item Type: Article
    Subjects: T Technology
    Divisions: Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Article
    Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Berita@CETREE
    Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
    Date Deposited: 18 Apr 2017 15:40
    Last Modified: 15 May 2017 09:51
    URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/33349

    Actions (login required)

    View Item
    Share