The Professional Development of Academic Staff with Particular Reference to the Teaching-Learning Process

Ahmat, Sharom (1980) The Professional Development of Academic Staff with Particular Reference to the Teaching-Learning Process. The Asia Pacific Journal of Educators and Education (formerly known as Journal of Educators and Education), 2 (1). pp. 1-8. ISSN 2289-9057

[img]
Preview
PDF
Download (2718Kb) | Preview

    Abstract

    Rencana ini mengemukakan satu perbincangan umum yang mencuba menyorot kepentingan perkembangan profesyenal kakitangan akademik. dan mengemukakan alasan-alasantentang perlunya universiti-universiti mengadakan satu polisi yang jelas tentang aspek pendidikan universiti ini. Untuk tujuan kertas ini, istilah "perkembangan profesvenal" diberi definasi sebagai polisi-polisi institusi, amalan-amalan dan program-program yang bermatalamatkan kepada pengetahuan, sikapsikap dan kemahiran kakitangan akademik, supava dapat membantu mereka untuk mencapai tahap yang lebih luas dalam usaha mencapai kemahuan-kemahuan mereka, pelajar-pelajar mereka, institusi dan masyarakat umum. Definasi ini terbentuk berasaskan empat tanggungjawab tradisi kakitangan akademik, iaitu: pengajaran, penyelidikan, pentadbiran dan perkhidmatan komuniti, yang seharusnya menjadi landasan rangkakerja perkembangan profesyenal. Lebih spesifik lagi, ianya melibatkan proses di mana seseorang kakitangan akademik mencapai dan mengekalkan komitmen terhadap tujuan-tujuan universiti dan memahami kedua-dua, kernahuan institusi dan pelajar-pelajarnya. Untuk mencapai hal ini, kakitangan akademik perlulah mempunyai ilmu dan disiplin yang diperlukan untuk mengajar dengan cekap, untuk membuat tinjauan da,; kajian demi kemajuan pengetahuan, untuk memperkembangkan sikap yang diperlukan untuk memberi sumbangan kepada pentadbiran universiti, dan dengan lain-lain cara, yang melibatkan, masyarakat akademik di dalam dan di luar kampus. Seseorang kakitangan akademik diiktiraf sebagaiseorang profesyenal, dan beliau perlulah rnernpunval sikap keprofesyenalan di dalam usaha mendekati perkembangan kerjanya. Pihak institusi pula mestilah bertindakbalas dengan positif dan sensitif untuk membarrtu kakitangan akademiknya mencapai matlamat ini. Walaupun tugas dan fungsi utama kakitangan akademik akan terus berputar di sekeliling pengajaran dan penyelidi kan, universiti· universiti di Malaysia masih berada di tahap perkembangan yang memerlukan pengutamaan yang lebih terhadap pengajaran dan latihan. Atas dasar inilah dirasakan amat perlu untuk membantu kakitangan akademik dalam memperbaiki pengajaran mereka dan pembelajaran pelajar-pelajarnya. Tujuan·tujuan program seumpama itu diperturunkan di dalam kertas ini. Langkah·langkah untuk mencapai tujuan-tujuan ini juga dikemukakan.

    Item Type: Article
    Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
    Divisions: Penerbit Universiti Sains Malaysia (USM Press) > The Asia Pacific Journal of Educators and Education (formerly known as Journal of Educators and Education)
    Depositing User: Mr Firdaus Mohamad
    Date Deposited: 18 Apr 2017 15:09
    Last Modified: 18 Apr 2017 15:09
    URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/33340

    Actions (login required)

    View Item
    Share