Penempatan Baru Pusat Pendidikan Dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga Dan Teknologi Hijau (Cetree&Gt)

CETREE, Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (2016) Penempatan Baru Pusat Pendidikan Dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga Dan Teknologi Hijau (Cetree&Gt). Berita@Cetree.

[img]
Preview
PDF
Download (2MB) | Preview
Official URL: http://cetree.usm.my

Abstract

MINDEN, Januari 2016 – Hampir enam belas (16) tahun, Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE&GT) telah beroperasi di bangunan Kompleks EUREKA, USAINS Holding SDN. BHD., Universiti Sains Malaysia (USM). Pelbagai suka duka kejayaan dan halangan ditempuhi sepanjang perjalan penubuhan CETREE&GT sehingga kini. Dengan berteraskan kepakaran memberi latihan, pendidikan dan kesedaran berkaitan Teknologi Hijau kepada seluruh penduduk di Malaysia bermula daripada golongan masyarakat, sekolah, universiti dan profesional. Pada asal penubuhan CETREE&GT, ia bergerak dengan bantuan pelbagai pihak antaranya Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Universiti Sains Malaysia (USM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam mendapatkan kepakaran dalam merealisasikan seruan kerajaan negara Malaysia agar seluruh penduduk di Negara ini mendalami serta menjurus kearah negara yang mengamalkan Teknologi Hijau. Kini CETREE&GT dikenali ke seluruh negeri di Malaysia dengan pendedahan dan kesedaran melalui program – program yang berkaitan Teknologi Hijau. Antaranya program kepada guru – guru sekolah di seluruh Malaysia, pameran Teknologi Hijau di seluruh Malaysia, program bersama seluruh masyarakat di seluruh Malaysia, kerjasama dengan Institut Pengajian Tinggi Awam serta Swasta di seluruh Malaysia dan program – program kerjasama bersama agensi – agensi kerajaan dalam memberi kesedaran berkaitan Teknologi Hijau di seluruh Malaysia. Tahun 2016, USM telah menaik taraf CETREE&GT dengan petempatan baru secara rasmi sebagai pejabat operasi yang baru daripada bangunan Kompleks EUREKA, USAINS Holding SDN. BHD. berpindah ke bangunan Pusat Pemindahan Ilmu TorayUSM. Lanjutan daripada perpindahan ini secara rasmi pada 7 Disember 2015, berikut merupakan maklumat berkaitan bangunan ini bangunan Pusat Pemindahan Ilmu TorayUSM dengan adanya 11 pejabat utama yang berkaitan dengan program pemindahan ilmu yang diterajui oleh USM termasuk beberapa jaringan antarabangsa, pejabat perhubungan universiti luar negara terutamanya dari Jepun serta program pemindahan ilmu di bawah KPT sebagai sebahagian program agenda kritikal. Bangunan ini menjadi bukti keutuhan dan kejayaan hubungan universitiindustri dalam mengangkat hasil kerja keilmuan seperti usaha penyelidikan dan inovasi serta hubungan dari pelbagai jaringan yang dibangunkan untuk meletakkan nama universiti dan negara ini di peringkat global. Mengulas tentang perpindahan ini, Profesor Madya Dr. Mohd. Wira Mohd. Shafiei menyifatkan satu penghargaan yang paling tinggi daripada pihak universiti kepada CETREE&GT. “ Berikrar untuk sama – sama memantapkan CETREE&GT kearah prestasi global dengan kerjasama staf yang sangat dedikasi adalah menjadi harapan dan impian ” beliau selaku pengarah yang baru dilantik mulai bulan Januari 2016 Dalam majlis perasmian itu, Pengerusi Lembaga Gabenor USM, Tan Sri Datuk Dr. Zulkefli A. Hassan; Naib Presiden Kanan Toray Industries Inc., Yukichi Deguchi; Timbalan Naib Canselor USM (Jaringan Industri dan Masyarakat) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Majlis Perasmian, Profesor Dato’ Dr. Susie See Ching Mey; Pengarah Urusan Toray Industries (Malaysia) Sdn. Bhd., Hiroshi Yoshimura; pegawaipegawai utama USM serta Toray Industries.

Item Type: Article
Subjects: T Technology
Divisions: Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Article
Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Berita@CETREE
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 17 Apr 2017 08:21
Last Modified: 15 May 2017 01:51
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/33255

Actions (login required)

View Item View Item
Share