CETREE, Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (2016) Pemindahan Ilmu Cetree&Gt Kepada Smk Sik Berkaitan Pemantapan Budaya Dengan Cekap Tenaga Yang Lestari. Berita@Cetree.
|
PDF
Download (1MB) | Preview |
Abstract
SIK, 15 Jun 2016 - Sekolah Menengah Kebangsaan Sik, Kedah adalah merupakan salah sebuah Sekolah Menengah yang terpilih di dalam Program Pemindahan Ilmu (KTP) iaitu Program Kecekapan Tenaga bagi Sekolah Menengah Terpilih di Negeri Kedah. Program ini merupakan Program Kecekapan Tenaga yang melibatkan 22 buah sekolah menengah terpilih di negeri Kedah. Program ini adalah bertujuan untuk pemantapan budaya dengan cekap tenaga yang lestari di dalam sekolah tersebut. Lanjutan daripada program ini, pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Sik, Kedah merupakan sekolah yang kedua telah menjemput Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE>) bagi mengadakan ceramah dan pameran yang berkaitan Program Kecekapan Tenaga.Antaranya adalah demonstrasi Unit Pameran Bergerak Teknologi Hijau CETREE>, ceramah berkaitan Kecekapan Tenaga serta pelancaran gimik oleh pelajar sekolah terhadap kesedaran berkaitan cekap tenaga. Pengisian program dan jemputan pameran yang telah dirancang berjalan dengan jayanya. Program yang telah dijalankan ini diserikan lagi dengan kehadiran Pengarah CETREE> iaitu Profesor Madya Dr. Mohd Wira Mohd Shafiei, Pengurus Operasi & Strategik CETREE>, Tuan Hj. Badrol Hisham Mohd Nowani dan diiringi bersama oleh Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Sik, Hj. Ahmad Ismail bagi merasmikan program tersebut.
Item Type: | Article |
---|---|
Subjects: | T Technology |
Divisions: | Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Article Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Berita@CETREE |
Depositing User: | HJ Hazwani Jamaluddin |
Date Deposited: | 17 Apr 2017 07:19 |
Last Modified: | 15 May 2017 01:51 |
URI: | http://eprints.usm.my/id/eprint/33250 |
Actions (login required)
View Item |