Pemindahan Ilmu Cetree&Gt Kepada Smk Chepir Berkaitan Pemantapan Budaya Dengan Cekap Tenaga Yang Lestari

CETREE, Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (2016) Pemindahan Ilmu Cetree&Gt Kepada Smk Chepir Berkaitan Pemantapan Budaya Dengan Cekap Tenaga Yang Lestari. Berita@Cetree.

[img]
Preview
PDF
Download (1537Kb) | Preview
    Official URL: http://cetree.usm.my

    Abstract

    SIK, 22 Mei 2016 - Sekolah Menengah Kebangsaan Chepir, Sik, Kedah adalah merupakan salah sebuah Sekolah Menengah yang terpilih di dalam Program Pemindahan Ilmu (KTP) iaitu Program Kecekapan Tenaga bagi Sekolah Menengah Terpilih di Negeri Kedah. Program ini merupakan Program Kecekapan Tenaga yang melibatkan 22 buah sekolah menengah terpilih di negeri Kedah. Program ini adalah bertujuan untuk pemantapan budaya dengan cekap tenaga yang lestari di dalam sekolah tersebut. Lanjutan daripada program ini, pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Chepir, Sik, Kedah telah menjemput Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE&GT) bagi mengadakan ceramah dan pameran yang berkaitan Program Kecekapan Tenaga.Antaranya adalah demonstrasi Unit Pameran Bergerak Teknologi Hijau, Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE&GT), ceramah berkaitan Kecekapan Tenaga serta pelancaran gimik oleh pelajar sekolah terhadap kesedaran ceramah berkaitan Kecekapan Tenaga serta pelancaran gimik oleh pelajar sekolah terhadap kesedaran berkaitan cekap tenaga. Pengisian program dan jemputan pameran yang telah dirancang berjalan dengan jayanya. Program yang telah dijalankan ini diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Projek Program Kecekapan Program yang telah dijalankan ini diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Projek Program Kecekapan Tenaga bagi Sekolah Menengah Terpilih di Negeri Kedah itu sendiri iaitu Profesor Madya Dr. Mohd Rodzi Ismail, Pengurus Operasi & Strategik CETREE&GT, Tuan Hji. Badrol Hisham Mohd Nowani dan diiringi bersama oleh Puan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Chepir, Zahara Ismail bagi merasmikan program tersebut.

    Item Type: Article
    Subjects: T Technology
    Divisions: Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Article
    Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Berita@CETREE
    Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
    Date Deposited: 17 Apr 2017 15:09
    Last Modified: 15 May 2017 09:51
    URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/33246

    Actions (login required)

    View Item
    Share