Mini Karnival Sains Dan Alam Sekitar 2016, Ipg Kampus Bahasa Antarabangsa

CETREE, Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (2016) Mini Karnival Sains Dan Alam Sekitar 2016, Ipg Kampus Bahasa Antarabangsa. Berita@Cetree.

[img]
Preview
PDF
Download (2505Kb) | Preview
    Official URL: http://cetree.usm.my

    Abstract

    LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR, APRIL 2016 - Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu (TBB), Kecekapan Tenaga (KT) dan Teknologi Hijau (TH) CETREE&GT, Universiti Sains Malaysia berperanan untuk meningkatkan kesedaran umum masyarakat di Malaysia terhadap ciri-ciri sosial komuniti yang positif berkenaan Teknologi Hijau. Ciri-ciri sosial yang positif akan memupuk sesuatu komuniti mengaplikasikan amalan Teknologi Hijau dalam kehidupan seharian. Isu Teknologi Hijau adalah sangat penting bagi membantu kerajaan dalam usaha bagi mendidik komuniti tersebut menggunakan sumber tenaga yang sediada seminima yang mungkin. Ini sejajar dengan hasrat kerajaan bagi menjimatkan penggunaan bahan api (minyak,gas dan arang batu) yang semakin susut bekalannya di Malaysia. Malahan pula,bagi mewujudkan satu mekanisma pemindahan ilmu dan komunikasi yang strategik, maka tumpuan yang disasarkan ialah pelajar dan kakitangan Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa, Lembah Pantai, Kuala Lumpur untuk memahami dan memberi sokongan terhadap perancangan negara, program-program pendidikan, latihan dan kesedaran tentang Teknologi Hijau adalah amat diperlukan. Tujuan Mini Karnival Sains dan Alam Sekitar 2016 tersebut diadakan adalah untuk menyemai tabiat menggunakan tenaga secara bijaksana dan berkesan. Antara aktiviti - aktiviti yang dilaksanakan sepanjang karnival berlangsung merupakan pameran projek – projek Sains oleh pelajar – pelajar bakal guru, Sains Show daripada Pusat Sains Negara dan Agensi Angkasa Negara. Mini Karnival Sains berlangsung selama sehari dan ia diserikan lagi dengan kehadiran Puan Hajjah Rohana Binti Kamaruddin melawat ke Unit Pameran Bergerak Teknologi Hijau CETREE&GT serta merasmikan program tersebut. Objektif utama Mini Karnival Sains ini adalah untuk menyemai amalan baik tentang penggunaan dan amalan Teknologi Hijau di kalangan pelajar – pelajar bakal guru dan kakitangan Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa, Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

    Item Type: Article
    Subjects: T Technology
    Divisions: Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Article
    Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Berita@CETREE
    Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
    Date Deposited: 17 Apr 2017 14:58
    Last Modified: 15 May 2017 09:51
    URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/33238

    Actions (login required)

    View Item
    Share