Minggu Sains Dan Matematik Smk Megat Dewa, Kodiang, Kedah Tahun 2016

CETREE, Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (2016) Minggu Sains Dan Matematik Smk Megat Dewa, Kodiang, Kedah Tahun 2016. Berita@Cetree.

[img]
Preview
PDF
Download (2MB) | Preview
Official URL: http://cetree.usm.my

Abstract

KODIANG, KEDAH, APRIL 2016 – Unit Pameran Bergerak Teknologi Hijau CETREE&GT telah mengadakan pameran kesedaran berkaitan Teknologi Hijau di Sekolah Menengah Kebangsaan Megat Dewa yang bertempat di daerah Kodiang, Kedah. Teknologi Hijau pada masa kini merupakan kepentingan seluruh rakyat Malaysia dalam menjalani kehidupan seharian. Seramai tiga orang telah terlibat menjayakan program tersebut. Antara yang turut terlibat ialah pegawai – pegawai daripada CETREE&GT, Encik Syafiq Saifullah Azmi, Encik Mohd Rodzi Bin Abdul Razak dan Encik Muhamad Safiuddin Muhamad Rasidi sebagai fasilitator yang membantu memberi penerangan mengenai kenderaan Unit Pameran Bergerak Teknologi Hijau serta menjayakan aktiviti-aktiviti kepada semua guru dan pelajar yang berada di Sekolah Menengah Kebangsaan Megat Dewa. Aktiviti yang dijalankan semasa program berlangsung, merupakan pegawai CETREE&GT sebagai fasilitator telah menerangkan dan memaklumkan tentang penggunaan kenderaan Unit Pameran Bergerak Teknologi Hijau serta melakukan demonstrasi kepada warga sekolah bagaimana kenderaan Unit Pameran Bergerak Teknologi Hijau berfungsi. Program dijalankan melibatkan pelajar semua kelas. Setiap kelas dianggarkan hampir dalam 35 orang murid yang berada di Sekolah Menengah Kebangsaan Megat Dewa Sememangnya kita tahu, pelajar-pelajar tidak begitu arif berkaitan kepentingan Teknologi Hijau. Oleh itu, Unit Pameran Bergerak Teknologi Hijau CETREE&GT telah menyampaikan dan memberikan kesedaran berkaitan Teknologi Hijau kepada pelajar-pelajar sekolah. Maklumbalas yang positif telah diperolehi daripada pihak Puan Pengetua, Hajjah Sopiah Ibrahim kepada CETREE&GT setelah selesai program dijalankan. Program yang dianjurkan oleh pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Megat Dewa sempena bulan Sains dan Matematik peringkat sekolah.

Item Type: Article
Subjects: T Technology
Divisions: Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Article
Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Berita@CETREE
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 17 Apr 2017 06:49
Last Modified: 15 May 2017 01:51
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/33230

Actions (login required)

View Item View Item
Share