Minggu Kecekapan Tenaga Bersama Kampus Sejahtera, Universiti Sains Malaysia

CETREE, Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (2016) Minggu Kecekapan Tenaga Bersama Kampus Sejahtera, Universiti Sains Malaysia. Berita@Cetree.

[img]
Preview
PDF
Download (1MB) | Preview
Official URL: http://cetree.usm.my

Abstract

MINDEN, APRIL 2016 - Minggu Kecekapan Tenaga merupakan satu program tahunan yang dijalankan oleh Sukarelawan Kampus Sejahtera, Universiti Sains Malaysia (USM) dalam memberi kesedaran dan pengetahuan kepada seluruh warga kampus berkaitan kecekapan tenaga. Pusat Pendidikan, Latihan dan Penyelidikan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE & GT) merupakan pusat kecemerlangan yang diberikan amanah dan tanggungjawab oleh USM dalam membantu Sukarelawan Kampus Sejahtera serta memberi kesedaran berkaitan kecekapan tenaga kepada seluruh warga kampus . Pelbagai maklumbalas positif yang diterima daripada pelajar – pelajar USM berkaitan program yang dilaksanakan ini. Ilmu pengetahuan dan kesedaran secara tidak langsung dapat diterapkan dalam diri pelajar – pelajar USM yang berkunjung serta melibatkan diri secara langsung dalam aktiviti yang telah dirancang oleh pihak Sukarelawan Kampus Sejahtera. Program berlangsung selama dua hari di mana terdapat pelbagai aktiviti yang telah dijalankan bagi merialisasikan hasrat Profesor Dato’ Dr. Omar Osman , Naib Canselor USM dalam saranannya kepada semua warga kampus agar mengamalkan penjimatan tenaga di USM. Antaranya ialah Diskusi, Talk Series “Kelestarian Kluster Tenaga” yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Mohd. Wira Bin Mohd. Shafiei, Pengarah CETREE&GT, Kuiz, Speaker Corner dan Pameran ( Unit Pameran Bergerak Teknologi Hijau CETREE&GT).

Item Type: Article
Subjects: T Technology
Divisions: Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Article
Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Berita@CETREE
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 17 Apr 2017 06:28
Last Modified: 13 Mar 2020 02:26
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/33227

Actions (login required)

View Item View Item
Share