CETREE, Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (2017) Minggu "Go Green" Gotong Royong Perdana Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim Tahun 2017. Berita@Cetree.
|
PDF
Download (5MB) | Preview |
Abstract
SUNGAI PETANI, 17 Mac 2017 Program Go Green gotongroyong Perdana anjuran Institut Perguruan Kampus Sultan Abdul Halim (IPGKSAH) telah berlangsung pada 12 Mac hingga 16 Mac 2017 dengan kerjasama empat Jawatankuasa iaitu Jawatankuasa SIG13Kelestarian Persekitaran, Jawatankuasa EKSAIPG Lestari, Jawatankuasa Budaya Institut dan Jawatankuasa Kafeteria. Program yang telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Hashim Asman, Pengarah IPGKSAH itu melibatkan semua pensyarah, pelajar dan staf sokongan IPGKSAH. Puan Noraimi Abdul Rahman, Penyelaras SIG13 ketika ditemu bual berkata “Program ini bertujuan memberi kesedaran kepada warga IPGKSAH tentang kelestarian dan kepentingan menghargai alam sekitar serta memberi kesedaran wujudnya agensi seperti CETREE yang turut sama memainkan peranan ke arah kelestarian alam sekitar”. PROGRAM GO GREEN IPGKSAH 2017 Dr. Azman Jusoh, Timbalan Pengarah IPGKSAH telah merasmikan Majlis Penutupan Program tersebut pada 16 Mac 2017. Semasa majlis penutupan berlangsung, CETREE telah dijemput bagi mengadakan pelbagai aktiviti seperti ceramah berkaitan kesedaran Teknologi Hijau, demonstrasi kioskkiosk Teknologi Hijau, edaran risalahrisalah berkaitan Kecekapan Tenaga dan lawatan ke Unit Pameran Bergerak turut dijalankan.
Item Type: | Article |
---|---|
Subjects: | T Technology |
Divisions: | Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Article Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Berita@CETREE |
Depositing User: | HJ Hazwani Jamaluddin |
Date Deposited: | 14 Apr 2017 02:34 |
Last Modified: | 15 May 2017 01:51 |
URI: | http://eprints.usm.my/id/eprint/33191 |
Actions (login required)
View Item |