Memperkasa Pembudayaan Dikalangan Pelajar Sekolah Luar Bandar Di Pulau Pinang

CETREE, Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (2016) Memperkasa Pembudayaan Dikalangan Pelajar Sekolah Luar Bandar Di Pulau Pinang. Berita@Cetree.

[img]
Preview
PDF
Download (3MB) | Preview
Official URL: http://cetree.usm.my

Abstract

PERMATANG PAUH, 15 Ogos 2016 – Satu Karnival Sains telah berlangsung di Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh yang bertemakan “Memperkasa Pembudayaan Sains Dikalangan Pelajar Sekolah Luar Bandar di Pulau Pinang. Karnival yabg berlangsunga selama sehari mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pelajarpelajar universiti dan sekolahsekolah jemputan. Program ini dirancang bagi memupuk minat pelajar terhadap sains serta bagi membuktikan kepada mereka bahawa subjek sains adalah subjek yang mudah dan sangat berkait rapat dengan kehidupan seharian. Objektif utama mengadakan karnival sains ini bertujuan melibatsama dan pendedahan kepada pelajar sekolah luar bandar dalam aktiviti ceramah dan pameran sains, menyemarak dengan membudayakan sains, teknologi dan inovasi dikalangan pelajar luar bandar kea rah penjanaan ilmu dan kesejahteraan rakyat melalui pameran sains serta menggalakkan para pelajar luar bandar mengambil jurusan sains dalam pembelajaran di sekolah. Pelbagai aktiviti mampu menarik minat pelajar malah dapat mencetus idea kepada guruguru agar dapat mengajar subjek sains dengan lebih kreatif dan ceria. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang karnival berlangsung merupakan merupakan ceramah sains, pertandingan kuiz, pertandingan penyiasat celik, pameran daripada pempamer jabatanjabatan kerajaan seperti Institut Kimia Malaysia Cawangan Utara, Jabatan Kimia Malaysia, Pusat Sains Negara, Kedah Bioresources Corporation Sdn. Bhd., Lembaga Perlesenan Tenaga Atom, Universiti Sains Malaysia dan Unit Pameran Bergerak Teknologi Hijau CETREE. Karnival Sains yang telah dijalankan ini diserikan lagi dengan kehadiran Pegawai Kanan Khas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, YBhg. Datuk Mohd Zaidi Hj. Mohd Said sebagai tetamu jemputan bagi merasmikan Karnival Sains peringkat Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh pada hari karnival tersebut berlangsung. Maklumbalas positif yang diterima daripada tetamu jemputan dan parapara jemputan ke karnival ini amat menggalakkan dan berharap usaha murni serta kerjasama bersama CETREE dapat dicapai pada masa akan datang. Terkini

Item Type: Article
Subjects: T Technology
Divisions: Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Article
Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Berita@CETREE
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 14 Apr 2017 02:30
Last Modified: 15 May 2017 01:51
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/33190

Actions (login required)

View Item View Item
Share