Majlis Anugerah Program Kelestarian Tenaga Menerusi Aktiviti Amalan Terbaik Kecekapan Tenaga Di Sekolah Menengah Terpilih Negeri Melaka

CETREE, Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (2016) Majlis Anugerah Program Kelestarian Tenaga Menerusi Aktiviti Amalan Terbaik Kecekapan Tenaga Di Sekolah Menengah Terpilih Negeri Melaka. Berita@Cetree.

[img]
Preview
PDF
Download (3717Kb) | Preview
    Official URL: http://cetree.usm.my

    Abstract

    AYER KEROH, 29 Julai 2016 – Majlis Anugerah Program Kelestarian Tenaga Menerusi Aktiviti Amalan Terbaik Kecekapan Tenaga di Sekolah Menengah Terpilih Negeri Melaka anjuran Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE&GT), Universiti Sains Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka dengan kerjasama Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) telah berlangsung pada 28 Julai 2016 bertempat di Auditorium Seri Negeri, Melaka. Majlis ini bertujuan untuk menyampaikan pemberian hadiah dan sijil kepada sekolah terbaik amalan cekap tenaga sepanjang program dilaksanakan. Program Kelestarian Tenaga Menerusi Aktiviti Amalan Terbaik Kecekapan Tenaga Di Sekolah Menengah Terpilih Negeri Melaka merupakan satu program di bawah pembiayaan Geran Program Pemindahan Ilmu (KTP) melalui kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka dan Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM). Objektif utama Program Pemindahan Ilmu ini adalah bagi mengiktiraf dan menggalakkan pemindahan ilmu pengetahuan melalui pertukaran idea-idea yang kreatif dan inovatif, hasil penyelidikan, pengalaman dan kemahiran antara IPTA, organisasi penyelidikan, industri, agensi kerajaan dan masyarakat secara meluas. Program yang melibatkan 30 buah Sekolah Menengah Terpilih Negeri Melaka ini telah meluas. Program yang melibatkan 30 buah Sekolah Menengah Terpilih Negeri Melaka ini telah dilaksanakan sepanjang tempoh 2 tahun bermula September 2014. Sekolah yang dipilih sebagai pemenang utama pada program ini telah berjaya mencapai pengurangan kadar penjimatan tenaga elektrik sebanyak 12.31% sepanjang program ini dilaksanakan iaitu melebihi daripada sasaran yang ditetapkan sebanyak 5%. Majlis Anugerah yang berlangsung pada 28 Julai 2016 itu telah memilih dan menobatkan 3 buah sekolah menengah cekap tenaga terbaik sebagai pemenang. Pemenang utama membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM 5,000.00, plak beserta sijil penyertaan. Sekolah yang telah berjaya menempah nama sebagai pemenang bagi Anugerah Program Kelestarian Tenaga Menerusi Aktiviti Amalan Terbaik Kecekapan Tenaga Di Sekolah Menengah Terpilih Negeri Melaka ialah SMK Seri Tanjong, SMK Telok Mas dan SMK Tun Tuah.Upacara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Datuk Wira Haji Md. Yunos Bin Husin (Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains Dan Teknologi, Teknologi Hijau Dan Inovasi). Majlis turut diserikan dengan kehadiran Yang Berbahagia Datuk Haji Kamarudin Md Shah, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM).

    Item Type: Article
    Subjects: T Technology
    Divisions: Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Article
    Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Berita@CETREE
    Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
    Date Deposited: 14 Apr 2017 10:27
    Last Modified: 15 May 2017 09:51
    URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/33189

    Actions (login required)

    View Item
    Share