Lawatan Sambil Belajar Smk Batu Lapan, Sik, Kedah Ke Cetree&Gt

CETREE, Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (2016) Lawatan Sambil Belajar Smk Batu Lapan, Sik, Kedah Ke Cetree&Gt. Berita@Cetree.

[img]
Preview
PDF
Download (5MB) | Preview
Official URL: http://cetree.usm.my

Abstract

MINDEN, 23 Mei APRIL 2016 – Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE&GT) dikunjungi oleh rombongan pelajar – pelajr daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Lapan, Sik, Kedah. Kunjungan tersebut merupakan lawatan sambil belajar bagi pelajar – pelajar jurusan Sains dan Seni yang diketuai oleh Encik Mohd Syukri Kamis, Kaunselor Cemerlang SMK Batu Lapan dan 30 orang pelajar. Objektif utama lawatan tersebut bertujuan untuk memahami dan mengetahui dengan lebih terperinci lagi berkaitan Teknologi Hijau dalam kehidupan seharian. Disamping itu juga, lawatan sambil belajar ke Karnival Seni USM (RINTIS) turut dirancang bagi mengambil kesempatan apabila telah berada di Universiti Sains Malaysia (USM). Selain itu, lawatan tersebut, dapat memperkaya pengalaman dan ilmu pengetahuan mereka mengenai Tenaga yang Tidak Boleh Baharu dan Tenaga Boleh Baharu serta Kecekapan Tenaga bagi penggunaan lestari dalam persekitaran di Malaysia. 2 slot pengisian program telah ditetapkan sepanjang lawatan tersebut. Antaranya sesi taklimat serta sesi soal jawab dan diikuti dengan lawatan ke Unit Pameran Bergerak Teknologi Hijau CETREE&GT. Maklumbalas positif yang diterima daripada pelajar - pelajar amat menggalakkan dan berharap usaha murni serta kerjasama bersama CETREE&GT dapat dicapai pada masa akan datang.

Item Type: Article
Subjects: T Technology
Divisions: Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Article
Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Berita@CETREE
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 14 Apr 2017 01:00
Last Modified: 15 May 2017 01:51
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/33177

Actions (login required)

View Item View Item
Share