Lawatan Kerja Pejabat Pendidikan Daerah Jasin, Melaka Ke Cetree&Gt, Usm

CETREE, Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (2016) Lawatan Kerja Pejabat Pendidikan Daerah Jasin, Melaka Ke Cetree&Gt, Usm. Berita@Cetree.

[img]
Preview
PDF
Download (3MB) | Preview
Official URL: http://cetree.usm.my

Abstract

MINDEN, 8 Ogos 2016 – Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE&GT) dikunjungi oleh delegasi pegawai-pegawai daripada Pejabat Pendidikan Daerah Jasin, Melaka (PPDJ). Kunjungan tersebut merupakan lawatan kerja bagi pegawai PPDJ yang diketuai oleh Hjh. Noora Abu Bakar, Penolong PPDJ (Unit Bahasa) dan 40 orang pegawai PPDJ yang mewakili unit masing–masing di dalam jabatan. Objektif utama lawatan tersebut bertujuan untuk memahami dan mengetahui peranan CETREE&GT dalam menggalakkan Teknologi Hijau dalam kalangan pelajar-pelajar dan seluruh masyarakat di Malaysia. Selain itu, lawatan tersebut, dapat memperkaya pengalaman dan ilmu pengetahuan mereka mengenai Tenaga yang Tidak Boleh Baharu dan Tenaga Boleh Baharu serta Kecekapan Tenaga bagi penggunaan lestari dalam persekitaran di Malaysia. 2 slot pengisian program telah ditetapkan sepanjang lawatan tersebut. Antaranya sesi taklimat serta sesi soal jawab bersama Pengarah CETREE&GT, Profesor Madya Dr. Mohd. Wira Mohd. Shafiei berkaitan halatuju CETREE&GT dan diikuti dengan lawatan ke Unit Pameran Bergerak Teknologi Hijau CETREE&GT. Maklumbalas positif yang diterima daripada pegawai-pegawai PPDJ amat menggalakkan dan berharap usaha murni serta kerjasama bersama CETREE&GT dapat dicapai pada masa akan datang.

Item Type: Article
Subjects: T Technology
Divisions: Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Article
Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Berita@CETREE
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 12 Apr 2017 07:35
Last Modified: 15 May 2017 01:51
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/33153

Actions (login required)

View Item View Item
Share