Lawatan Kerja Daripada Universiti Mingdao, Taiwan (USM - BJIM - CETREE)

CETREE, Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (2012) Lawatan Kerja Daripada Universiti Mingdao, Taiwan (USM - BJIM - CETREE). Berita@Cetree.

[img]
Preview
PDF
Download (1MB) | Preview
Official URL: http://cetree.usm.my

Abstract

Pulau Pinang, 19 JANUARI 2012- Teknologi Hijau merupakan elemen penting dalam kehidupan seharian rakyat di Malaysia mahupun antarabangsa. Tidak terkecuali Negara Taiwan merupakan Negara yang maju dan pesat penuh dengan pelbagai teknologi-teknologi moden bagi membangunkan sesebuah negara yang mundur dan mempunyai bilangan penduduk yang semakin meningkat. Oleh hal yang sedemikian, Universiti Mingdao, Taiwan mengambil langkah drastik dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia dalam mengatur dan membuat satu program lawatan kerja mengenai halatuju serta dua pandangan universiti mengenai Teknologi Hijau. Delegasi lawatan kerja ini melibatkan Majlis Perbandaran Seberanag Perai (MPSP) dan Universiti Mingdao, Taiwan. Universiti Sains Malaysia diketuai oleh Timbalan Naib Canselor, Bahagian Jaringan & Industri, Prof. Dato' Susie See Ching Mey manakala Canselor bagi Universiti Mingdao, Da-Yung Wang. Lawatan kerja bermula dengan kunjungan ke CETREE dan mendengar taklimat ringkas oleh Pegawai Penyelidik CETREE, Mohd Sukri Shafie berkaitan perjalanan CETREE sehingga kini ke arah menyampai dan memberikan kesedaran berkaitan Teknologi Hijau kepada seluruh rakyat Malaysia. “ CETREE merupakan salah satu agensi yang memainkan peranan penting dalam memberi ilmu dan kesedaran Teknologi Hijau didalam kampus Universiti Sains Malaysia serta seluruh Malaysia ” kata Timbalan Naib Canselor, Bahagian Jaringan & Industri, Prof. Dato' Susie See Ching Mey kepada semua delegasi yang hadir. Setelah hampir separuh hari berbincang dan bertukar-tukar pendapat dan ilmu berkaitan Teknologi Hijau delegasi dibawa untuk melawat Unit Pameran Bergerak (Van Teknologi Hijau) bagi memperlihatkan bukti serta merupakan ia sebagai model ataupun ikon kepada Universiti Sains Malaysia yang menjalankan penyelidikan serta kesedaran berkaitan Teknologi Hijau di Negara ini. Pelbagai kiosk Teknologi Hijau dipertontonkan kepada delegasi yang hadir. Antaranya delegasi turut teruja dengan keunikkan Unit Pameran Bergerak CETREE (Van Teknologi Hijau) yang menggunakan 100% bahan api minyak masak terpakai dan kuasa tenaga solar sebagai sumber alternative bagi menjanakan arus elektrik yang digunakan. Pasukan Unit Pameran Bergerak CETREE diketuai oleh En. Mohd Firdaus Kamis dan dibantu oleh sekretariat En. Syafiq Saifullah Azmi, En. Mohd Nizam Md Saad, Muhammad Akmal Bin Hazan, Muhamad Syabil Saad, Faizul Jusoff, Muhammad Syafiq Jasmi, Muhamad Badrul Hisham Ali Anuar, Muhamad Zamree Zulkipli, Izzat Noordin, Syarmina Samsam@Samson dan Shafiqah Azhar sebagai fasilitator yang membantu memberi penerangan mengenai Van Teknologi Hijau serta menjayakan aktiviti-aktiviti kepada delegasi yang hadir.

Item Type: Article
Subjects: T Technology
Divisions: Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Article
Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Berita@CETREE
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 12 Apr 2017 07:33
Last Modified: 15 May 2017 01:51
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/33152

Actions (login required)

View Item View Item
Share