CETREE, Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (2017) Lawatan Kerja Daripada Peserta Iacsit 2017. Berita@Cetree.
|
PDF
Download (2MB) | Preview |
Abstract
GELUGOR, 14 Mac 2017 International Association Of Computer Science And Information Technology (IACSIT) telah mengadakan lawatan ke TORAYUSM sebagai sebahagian aktiviti 7th International Conference on Key Engineering Materials (ICKEM 2017). Lawatan yang bermula jam 11 pagi sehingga jam 12 tengah hari itu melibatkan 25 orang peserta daripada negara China dan salah seorang merupakan Timbalan Pengarah IACSIT. Lawatan yang diadakan ini bertujuan untuk memberi pengetahuan dan pendedahan kepada para peserta tentang penubuhan bangunan TORAYUSM dan aktivitiaktiviti yang dijalankan di sini. Sepanjang lawatan ke setiap aras di bangunan TORAYUSM, delegasi IACSIT turut diiringi oleh Profesor Haslan Abu Hassan, Pengarah Pusat Pemindahan Ilmu TORAYUSM bersama pegawainya. LAWATAN KERJA DARIPADA PESERTA IACSIT 2017 KE CETREE CETREE merupakan salah satu destinasi yang dibawa oleh Profesor Haslan untuk membuat lawatan. CETREE diwakili oleh Prof. Madya Dr. Mohd Wira Mohd. Shafiei, Pengarah CETREE bagi memberikan maklumat dan penerangan ringkas berkaitan latar belakang, aktiviti, seminar dan program yang telah dijalankan serta maklumat ringkas mengenai fungsi dan objektif penubuhan CETREE kepada Universiti Sains Malaysia dan negara.
Item Type: | Article |
---|---|
Subjects: | T Technology |
Divisions: | Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Article Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Berita@CETREE |
Depositing User: | HJ Hazwani Jamaluddin |
Date Deposited: | 12 Apr 2017 07:26 |
Last Modified: | 15 May 2017 01:51 |
URI: | http://eprints.usm.my/id/eprint/33149 |
Actions (login required)
View Item |